Bab 25: Pelindung kepada pelindung

24 6 1
                                    

EMIER (24) dan yang lain sudah bersiap dengan barangan masing-masing untuk meneroka pulau itu, mungkin mereka akan bertemu dengan yang lain apabila meneroka pulau yang besar tersebut. Namun, Fragil dan Bita nampaknya kurang suka dengan cadangan itu.

"Macam mana kalau pulau ini memang pulau raksasa?" kata Fragil (25) dengan wajah risau.

"Kita bunuhlah raksasa-raksasa itu semua. Hahaha, apa kau ni." Balas Predi (25), sepupunya.

"Yalah, apa lagi yang kita boleh buat kan." Sokong Kello (25).

"Kau sedar tak kita hanya bertujuh? Malah, tiada ahli Peaks mahupun medicer dalam kalangan kita. Kalau kita tercedera macam mana? Predi, ini bukan macam misi kita yang sebelum ini sebab hanya ada kita saja sekarang, tak ada ahli Peaks serta peserta misi yang berpengalaman pun. Faham tak." Jelas Fragil dan menyatakan hakikat keadaan mereka sekarang.

Eeek! Betul juga. Barulah Predi terfikir mengenainya. Dahlah mereka tiada budak suruhan untuk disuruh dan semuanya disebabkan oleh Mirza kerana Mirza memang tidak bagi dia, Kello, Bita dan Fragil memberi arahan kepada Emier dan Ari.

Dalam misi sebelum ini, mereka akan menyuruh peserta misi yang lemah atau yang berada di kelas bawahan untuk menjadi budak suruhan seperti hamba mereka sepanjang misi mereka berjalan.

"Kalau kamu semua tak nak, kamu boleh tunggu di sini dan menunggu bantuan sampai." Celah Mirza.

Dia hanya perlu memanggil burung merpati seruan Liyana untuk meminta bantuan untuk mereka. Mudah saja, dan dia pula akan meneroka pulau ini walaupun dengan seorang diri. Dia perlu menangkap atau membunuh raksasa kanak-kanak serta menyelamatkan kanak-kanak yang masih hidup dalam tebusan raksasa tersebut.

Mirza mengetatkan tali pinggang yang memegang sarung pedangnya, kemudian menggalas kantung anak panah dan beg galasnya. Ari sempat mengambil beg galasnya semasa dia berada di atas kapal tempoh hari. Nasib baik!

"Jom Ari." Mirza sempat mengajak Ari kerana dia pasti Ari akan menyertainya.

Ari ada adik untuk diselamatkan. Ari mengangguk tanpa ragu-ragu kerana dia memang sanggup meredah hutan dalam pulau ini seorang diri demi adik-beradiknya. Ari dan Mirza mula memasuki kawasan hutan tanpa menoleh dan perasaan ragu-ragu pun.

Emier melihat kelibat mereka berdua dan turut mengejar langkah mereka. Dia memerlukan duit yang banyak untuk pembedahan ibunya yang sedang sakit. Pihak medicer kata ibunya mempunyai peluang menjadi seperti dahulu jika membuat pembedahan. Dia hanya mahu ibunya kembali menjadi seperti dahulu, sihat seperti dulu.

Disebabkan itu, maka Predi, Kello, Bita dan Fragil tiada pilihan lain selain mengikut. Mereka itu, kenapa berani sangat dan tengoklah perempuan bisu itu, selalu berkepit dengan Mirza dan Mirza memang hanya akan memanggil nama Ari saja kan! Ish! Fragil menggerutu di dalam hatinya.

Mereka memasuki hutan dengan Mirza berada di hadapan. Bita dan Fragil pula berjalan di belakang Mirza setelah menolak Ari ke belakang tadi. Ari hanya akur kerana mereka satu jalan, jadi tiada masalah pun untuk dia berada di belakang atau di mana-mana saja. Dia tidak kisah.

Mirza akan menebas semak-samun yang panjang di hadapan mereka semua menggunakan pedangnya. Sedang asyik menebas, Mirza berhenti membuatnya dan turut berhenti berjalan. Dia ada mendengar sesuatu.

"Kenapa awak?" soal Fragil ingin tahu di belakang Mirza.

Mirza berpaling ke sisi kirinya, dan kemudian ke arah kanan. Yang lain juga sama apabila turut mendengar bunyi sesuatu itu. Bita dan yang lain mula menelan air liur mereka. Kemudian, punca bunyi itu mula keluar dari persembunyian mereka, lalu telah menerkam ke arah mereka semua.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now