...sambungan Bab 2

25 10 0
                                    

MALAM ITU, Joshua berhenti di tepi longkang dan muntah di situ. Segala apa yang dia minum tadi, dia muntahkan di situ. Dia dipimpin oleh Alex, kawannya semasa di UK pada sebelum ini. Alex datang ke sini kerana urusan bisnes. Jadi, alang-alang dia ke sini, dia melawat Joshua dan keluar minum bersama-sama.

Bagi Alex, Joshua tidak pernah berubah, masih sama macam dulu. Akan muntah selepas dua gelas minum air kegemaran mereka dan akan terus balik selepas itu. Oleh sebab itu, dia yang membawa Joshua keluar memandangkan Joshua sudah terhuyung-hayang, tetapi masih belum mabuk dengan sepenuhnya.

"You're still like this even after 5 years, how can we finish all of our drinks huh? Man, you should practice more." usik Alex sambil menepuk belakang Joshua.

Joshua tergelak kecil dengan wajahnya yang sudah merah padam disebabkan minum minuman keras tadi. Sesuatu yang sudah lama dia tinggalkan. Baginya, dengan minum air haram itu, dapat buatkan dia melupakan semua masalahnya.

Masalah tentang bisnes, syarikat, Tina, keluarga dan adiknya. Dua tahun yang lepas ada wabak yang melanda dan ia hampir melumpuhkan syarikat keluarga milik ayah dan adik-beradik ayahnya.

Ayahnya pula tiba-tiba sahaja jatuh sakit pada setahun yang lepas, jadi semua tanggungjawab sudah jatuh ke bahunya. Tetapi, ia semakin teruk apabila ada Perintah Kawalan kerana mahu mengekang penularan wabak tersebut. Disebabkan itu, operasi syarikatnya terjejas teruk.

Dia juga terpaksa membuat hutang peribadi dan semuanya untuk membayar gaji para pekerja dan hutang-hutang syarikat tersebut. Ya, hidupnya agak susah sekarang. Terkadang dia tertanya-tanya adakah ia akan juga susah jika adiknya masih bersama-samanya sekarang?

"Yeah, I will practice diligently after this. Where are we just now?" Jawabnya, juga berseloroh dan kemudian bertanya tentang apa yang mereka bincangkan sebentar tadi.

"Joshua." Panggil seseorang. Justeru, Joshua terus berpaling kepada empunya suara apabila namanya dipanggil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

"Dilan? Kau buat apa di sini? Tak, korang buat apa di sini?" soalnya sambil menyapu mulutnya yang ada kesan air muntahan dia tadi.

Di sisi lelaki itu atau Dilan, ada Amir, Izz dan Niel. Tidak jauh dari mereka juga ada Tina dan Mina yang menemani Tina ke sini. Jelas wajah kecewa dan sedih dari air muka Tina pada ketika itu.

"Kau buat apa ni, Joshua?" tegur Dilan sambil mengucap panjang dan bertakbir beberapa kali.

Melihat wajah kecewa Dilan dan yang lain sudah cukup buat hati Joshua semakin sakit dan tergores sebab dia juga kecewa dengan dirinya sendiri.

"Macam yang kau dapat lihat, aku sedang mengubati diri aku." Balasnya tanpa memandang wajah mereka semua.

"Pale hotak kau! Nak berubat, pergilah jumpa doktor, bukannya ke sini!? Kau ni dah gila ke!? Tak takut Tuhan marah ke!?" marah Amir tanpa berselindung memandangkan dia memang kasar dari segi tutur kata.

"Korang buat apa di sini sebenarnya? Korang mesti kecewa sebab ada kawan yang jahat macam aku kan. Korang jangan risau, korang boleh tinggalkan aku di sini dan tak perlu cari aku lagi sebab aku...dengan korang sudah tidak ada apa-apa lagi-lagi. Tentang batu tu, nanti aku baginya kepada TS Mazhe."

"Kau kawan kami, Joshua dan kami tak akan tinggalkan kau di sini. Joshua, kalau kau ada masalah beritahulah kamu, janganlah hancurkan diri kau macam ni. Ia tak pernah berbaloi, Joshua." Pujuk Dilan, masih dengan nada lembut. Dia sepatutnya jumpa Joshua dengan lebih awal, tetapi dia pula sibuk dengan kafenya yang baru sahaja mahu 'bernafas' itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now