...sambungan Bab 18

28 5 0
                                    

...

PADA malam itu, Rein tidak habis-habis berfikir tentang lelaki bernama Mirza, lawannya pada pagi tadi. Kenapa Ketua Hash boleh ada dalam memori lelaki itu? Kuasa 'alam fantasi' hanya dapat melihat secebis memori lawan yang terperangkap di dalamnya.

Disebabkan ia hanya secebis, maka dia tidak boleh melihat perkaitan antara memori-memori lain yang dia sempat intip dari lawannya. Malahan, memori itu juga akan dapat dilihat secara rawak kerana dia masih belum dapat mengawal kuasa 'alam fantasi' milik keturunannya itu dengan sepenuhnya lagi.

Disebabkan tidak berpuas hati, maka dia bingkas bangun dari katil dan mahu ke bilik datuknya kerana mahu bertanya tentang kuasa 'alam fantasi'. Datuknya lebih pakar mengenai kuasa itu.

Datuknya tinggal di sini, jadi sekarang dia pun akan mula tinggal bersama-sama datuknya dan bukan dengan kedua ibu bapanya di Hemifilia (atau Hemifilis) memandangkan dia akan masuk ke istana Kastelhike pada minggu hadapan.

Datuknya merupakan bekas ketua biro Istana Kastelhike pada sebelum ini, yakni sebelum datuknya bersara dan sekarang hanya dia yang akan mengikut jejak langkah atuknya itu. Ayahnya pula lebih berminat untuk menjadi pensyarah di Hemifilia.

Dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Setelah 30 saat berlalu, barulah suara datuknya kedengaran di dalam bilik dan bertanyakan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Rein menjawabnya dan dia terus dibenarkan masuk ke dalam.

"Ha, apa yang cucu atuk mahukan pada malam-malam buta macam ni? Orang tua sepatutnya tidur awal, kamu pula tergamak mahu mengacau orang tua ini malam-malam?" tegur atuknya, Rhey Rhenus (75).

Rein tersenyum nipis. Atuknya ni memang suka bercanda dengannya. "Saja."

"Takkanlah saja-saja, macamlah atuk tak kenal cucu kesayangan atuk ni."

Rein terus duduk bersila di hadapan atuknya yang sedang menghisap cerut, tetapi cerut itu tidak dihidupkan pun, hanya diletakkan di antara dua bibirnya. Lagipun, para medicer sudah memberikan amaran kepadanya supaya berhenti merokok dan sebagainya demi menjaga kesihatannya itu.

Rein menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. "Um..."

"Cucu atuk ni tidak suka membuang masa, jadi kenapa sekarang kamu mahu membuang masa atuk pula."

"Atuk. Huh, hari ni masa Rein berlawan dengan lawan Rein, Rein ada nampak suatu cebisan memori, tapi Rein tidak dapat melihat kesinambungan memori itu atau kaitannya. Tetapi, ada sesuatu yang mengganggu fikiran Rein disebabkan memori itu."

"Apa dia?"

"Ada kelibat Ketua Hash di dalamnya dan Ketua Hash memanggil dia Tuan Putera. Rein tidak rasa lawan Rein itu ialah putera raja dari mana-mana kerajaan sebab Rein tidak pernah nampak dia." jelas Rein panjang lebar.

Rhey melihat wajah cucunya dan jelas kelihatan bahawa cucunya tidak bercanda mahupun menipu.

"Atuk mahu melihatnya."

Rein terus mengangguk tanda bersetuju.

"Alam fantasi." Seru Rhey dan suasana tempat itu mula berubah menjadi jingga dan bercahaya.

Kemudian, ada buih-buih yang terapung di sekeliling mereka. Antara buih-buih itu, hanya 1-3 sahaja yang menunjukkan tayangan memori Rein.

Rhey memecahkan buih-buih itu apabila ia tidak berkaitan. Apabila ia pecah, maka ada buih-buih dengan memori lain yang ditayang, tetapi masih sama macam tadi yakni hanya 1-3 buih sahaja yang menayangkan memori.

Kali ini, ada memori yang dilalui oleh Rein pada pagi tadi. Rhey melihat wajah lawan Rein itu dengan tajam, lalu melihat memori yang dilihat oleh Rein. Benar ada Ketua Hash di dalamnya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now