Bab 1: Majlis Ulang Tahun

114 11 0
                                    


2 tahun kemudian,

DILAN memasuki bilik rehat yang terdapat di aras 7 syarikat itu. Walaupun dia memang pekerja di syarikat itu sejak dua tahun yang lepas, tetapi dia tetap rasa berdebar-debar untuk bersemuka dengan majikannya.

Dia menjadi model produk keluaran syarikat tersebut selama dua tahun. Duit gaji yang dia dapat daripada kerja modelnya itulah yang dia gunakan untuk menyimpan duit dan dijadikan sebagai duit poket semasa menjadi pelajar universiti.

Segala kos lain dibiaya oleh ayahnya kerana kemahuan ayahnya. Kalau diikutkan hatinya, dia mahu gunakan duitnya saja, tetapi ayahnya tidak izinkan kerana mahu dia menyimpan duit untuk membuat modal membuka kafenya suatu hari nanti.

Baru dua bulan lepas dia bergelar graduan jurusan undang-undang. Sekarang, dia dipanggil oleh bosnya pula. Dia juga tidak tahu apakah sebabnya. Tetapi, hari ini dia tidak ada penggambaran model untuk apa-apa produk. Agaknya kenapalah Tan Sri mahu berjumpa dengan dia ya? Cuak dia apabila memikirkannya.

Dilan menarik nafas panjang. Setelah itu, barulah dia mengetuk pintu bilik rehat tersebut. Bilik rehat itu berada bersebelahan bilik pejabat majikannya kerana ia memudahkan majikannya untuk berehat sekiranya penat bekerja.

Para pekerja pula disediakan bilik rehat di dalam pantri, oleh sebab itulah pantri untuk para pekerja di sini bersaiz besar sedikit. Pintu yang diketuk oleh Dilan tadi dikuak dari dalam, kelihatan kelibat lelaki yang sudah berumur 29 membuka pintu itu untuknya.

"Silakan, Dilan." Pelawa lelaki itu atau Alif dengan senyuman nipis.

"Terima kasih, abang Alif." Dilan memasuki bilik itu dan melemparkan senyuman ke arah bosnya atau ayah Khai itu.

"Jemput duduk, Dilan." Ajak bosnya, TS Mazhe.

"Terima kasih, uncle. Uncle sihat ke?" soal Dilan cuba berbasa-basi dahulu.

Dia cuti selama 2 minggu pada sebelum ini kerana ingin meluangkan masa bersama-sama keluarganya. Jadi, sudah dua minggulah dia tidak bertemu mata dengan lelaki yang menjadi majikannya sekarang.

"Alhamdulillah sihat. Dilan pun mesti sihat kan, nampak berisi pula sekarang. Gembira ya?"

Dilan tergelak kecil. Alamak! Dia memang makan banyak sejak akhir-akhir ini. Mungkin dia stres dan mungkin juga sebab terlampau gembira.

"Ya, saya berselera sejak akhir-akhir ini. Tetapi, TS tak perlu risau sebab saya akan turunkan berat saya balik dan mengikut berat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan."

Mazhe menggelengkan kepalanya. "Tak Dilan, ia bukan satu masalah pun, berat kamu masih okey. Saya tanya sebab saya gembira lihat kamu gembira. Huh, mungkin saya patut terus masuk kepada tujuan asal saya memanggil kamu pada hari ini."

Dilan mengangguk kerana bersetuju dengannya. "Silakan TS. Saya juga mahu tahu sebab apa TS panggil saya. Saya ada buat apa-apa masalahkah?"

"Ish, tak ada. Kamu model paling terbaik yang pernah saya ada. Kamu tak ada banyak karenah, kamu tak pernah menimbulkan masalah dan kamu boleh faham arahan pengarah dan kru dengan baik. Kamu jangan risau, saya tak pernah dapat apa-apa complain pasal kamu sepanjang dua tahun kamu bekerja dengan saya..."

"...Tujuan saya panggil kamu pada hari ini adalah disebabkan saya mahu 'propose' kamu dengan suatu projek lain. Kamu kata kamu akan berhenti menjadi model syarikat saya selepas kamu menjadi graduan kan. Oleh itu, saya memikirkan suatu rancangan lain untuk 'mengikat' kamu dengan syarikat saya sekali lagi."

Dilan terkelu.

"Ma-maksudnya?"

Mazhe tersenyum. "Saya sangat sukakan kamu Dilan, malah saya mahu berterima kasih kepada kamu atas sesuatu. Anggap sajalah apa yang saya buat ini kerana saya mahu membalas budi kamu kepada seseorang."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now