...sambungan Bab 26

14 6 0
                                    

...

MIRZA membaca nota dari Putera Saze itu di tempat dia solat Zohor. Hanya ketika dia solat dan pada waktu malam yakni ketika tiada sesiapa yang berada di sisinya saja dia akan dapat membaca dan menghantar mesej. Sekarang sudah hampir seminggu mereka terkandas di pulau ini.

Apa yang mereka lakukan ialah menyelusuri sungai sehinggalah menjumpai apa-apa yang menarik dan mungkin akan menemui markas penculik kanak-kanak itu. Usai membaca doa dan berzikir, Mirza kembali ke arah sungai itu dan dapat melihat mereka semua sedang makan ikan dan daging bakar sekali lagi.

Mirza mendekati tempat Emier apabila Emier memanggilnya untuk makan. Emier pada ketika itu sedang makan bersama-sama dengan Ari. Apabila dia melabuhkan punggung di sebelah Emier, Ari terus menghulurkan dia ikan bakar.

Mirza mengambilnya dan memakannya dengan perlahan-lahan. Dia tidak tahulah mereka sudah bosan makan menu yang sama atau tidak sebab bagi dia tidak ada masalah memandangkan deria rasanya memang sudah tiada.

Sama ada dia makan ayam atau daging masak merah, masak kicap, tom yam dan sebagainya sekalipun ia sudah tiada beza baginya. Ia cuma rasa yang tawar saja.

Usai makan, mereka bergerak lagi. Mereka akan mencari tempat untuk tidur apabila malam hampir menjelma. Dengan kuasa pelindung halimunan yang Ari ada, mereka sudah tiada masalah untuk tidur dengan lena di dalam tengah-tengah hutan belantara macam ini.

Namun, semakin mereka jauh ke dalam, mereka semakin rasa pelik kerana tempat yang mereka lalu sekarang ada tanda dan kesan ia diduduki oleh manusia kerana sekarang, ada kebun sayur dan buah-buahan di sebelah kiri dan kanan sungai tersebut. Malahan, ada jalan bertar juga tidak jauh dari sungai tersebut.

Jadi, mereka berhenti di situ dengan wajah ingin tahu. Mereka tidak pasti ia Pulau Raksasa atau tidak, tetapi masih ada ke yang tinggal di tengah-tengah hutan macam ini? Ah, adakah mereka orang Asli di sini? Mungkin. Fikir Mirza.

Mirza ada meminta MB, Liyana atau Putera Saze untuk menghantarkan peta terkini Pulau Raksasa itu ke sini dan memastikan koordinatnya sekarang, tetapi mesej itu masih belum diberikan kepadanya. Mungkin mereka sedang mencari maklumat dan mempersiapkannya untuk dia.

Justeru, buat masa sekarang, dia mengikut gerak hatinya dahulu.

Kemudian, mereka dapat mendengar ada seseorang yang sedang menjerit-jerit ke arah mereka. Jadi, mereka berpaling ke arah orang itu. Mereka dapat melihat seorang lelaki yang mungkin berumur lewat 20-an sedang menuju ke arah mereka sambil melemparkan senyuman.

"Kamu semua dari mana?" soal lelaki itu.

"Um...kami, kami terkandas ke sini selepas kapal kami karam." Balas Emier bagi pihak mereka semua.

"Lah ya ke. Kasihannya. Oh ya, saya Stor Awa, boleh panggil Stor saja. Jadi, kamu semua telah tersesat dalam hutan inilah ya?"

"Ya." Balas Emier dan mengangguk, yang lain turut mengangguk.

"Nak ikut saya ke pekan? Saya dalam perjalanan ke pekan ni." Pelawa lelaki itu atau Stor kepada mereka semua.

Mirza memerhatikan lelaki itu dahulu dan seperti berfikir-fikir kerana ada sesuatu yang aneh dengan semua itu.

"Boleh jugak, kami sudah lama sesat dan tidak jumpa wajah lain di sini. Wohooo!" Predi bersorak kerana seronok dapat menemui manusia lain di pulau itu selain sepupunya dan mereka semua itu.

"Boleh saya tanya sesuatu dahulu sebelum kami bersetuju untuk mengikut kamu?" sampuk Mirza dan terus menduga lelaki yang bernama Stor itu.

"Ha, silakanlah."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now