...sambungan Bab 21

18 4 0
                                    

"Abang Rafaqim!" laung Mazhe kepada kelibat itu.

Oleh sebab mendengar suara Putera Mazhe, maka dia atau Rafaqim Rhenus (15) berpaling ke arah Mazhe. Dia terus membuntangkan matanya. Apa yang Putera Mazhe buat di sini?

"Tuan Putera? Tuan Putera buat apa di sini?" soal Rafaqim ingin tahu.

"Er, mandi-manda. Eheh! Apa yang abang buat di sini?" soal Mazhe kepada Rafaqim, anak sulung Rhey Rhenus.

"Patik mempunyai misi dengan Kumpulan Peaks-B yang diketuai oleh AB Sprin (AB Ketua Rhey Rhenus). Mana pengiring-pengiring dan pengawal-pengawal Tuan Putera? Patik tidak nampak mereka pun."

"Er..."

"Tuan Putera, jangan cakap Tuan Putera datang sini senyap-senyap?" Rafaqim menduga, kemudian dia melihat wajah kanak-kanak yang berada di situ satu per satu. "Kamu semua pun sama. Haih." Rafaqim terus meraup wajahnya dan terus membuat panggilan kepada AB Sprin untuk ke situ.

Dia perlu mengiringi Tuan Putera dan yang lain balik ke dalam kawasan istana semula. Jika mereka balik sendiri, dia risau mereka dalam bahaya dan diserang raksasa yang mereka tidak sempat buru.

Kumpulan Peaks atau pemburu raksasa adalah kumpulan yang ditugaskan untuk memburu, membunuh dan menangkap raksasa yang berkeliaran di seluruh kerajaan naungan Olienpiece.

Ia ditubuhkan pada zaman pemerintahan Raja Zuku (Raja Raidez, ayah Raja Zach) kerana sebaik saja Raja Zuku naik takhta, Raja Zuku terus menyuruh para saintis di seluruh kerajaan naungan Raidez untuk membuat virus yang boleh menukarkan manusia menjadi raksasa.

Raksasa itu adalah bertujuan untuk menumpaskan semua orang yang kuat di dalam kerajaan naungan Olienpiece dan sebagai langkah pengisytiharan perang secara berterusan kepada pihak Olienpiece.

Jadi, untuk mengekang masalah raksasa yang dihantar masuk ke dalam kerajaan mereka, maka pihak Kastel yang masih bernaung di bawah Olienpiece bersepakat untuk menubuhkan suatu organisasi yang akan melawan serangan raksasa dari pihak Raidez itu dan ia dinamakan sebagai Organisasi Peaks.

Peaks mempunyai 20 kumpulan (dinamakan bermula huruf A-T) yang bertaburan di seluruh kerajaan-kerajaan Olienpiece dan ia akan diketuai oleh PK dan AB Ketua Biro Istana. Kadang-kadang ada juga Ketua Biro yang turun padang dan mengetuai kumpulan itu sebagai misi pembanterasan raksasa.

Pada permulaannya, virus raksasa buatan Raidez tidaklah begitu maju, tetapi setelah mereka dapat menakluki Kerajaan De Leux, virus mereka semakin maju, ganas dan semakin lama semakin susah untuk ditumpaskan. Mungkin kerana ia virus buatan Raja Leona (pengkhianat yang telah membunuh ibu bapa Ayuri) dan MB.

Tidak lama selepas itu, AB Sprin dan ahli kumpulan Peaks-B yang lain datang ke tempat Rafaqim dan yang lain.

"Tuan Putera." AB Sprin dan yang lain terus membuat tunduk hormat kepada Mazhe.

Mazhe hanya memberikan senyuman nipis kerana masih lagi serba salah. Habislah! Habislah! Kalau ayahandanya tahu dia menyelinap keluar macam ini, habislah dia. Bisik hati Mazhe.

"Peaks-B, kita hantar Tuan Putera dan yang lain balik dulu sebelum meneruskan tugas. Kerja yang bagus Rafaqim." Puji AB Sprin kepada Rafaqim. Rafaqim mengangguk faham.

Sebenarnya, Rafaqim mahu memasuki ujian UKPI yang akan berlangsung 10 bulan dari sekarang. Jadi, ayahnya iaitu Ketua Rhey mengarahkan dia untuk mengikuti misi Peaks-B yang diketuai oleh AB dari bironya sebagai latihan. Latihan yang paling berkesan ialah apabila kita membuat praktikal dan bukannya teori semata-mata. Itulah apa yang ayahnya beritahu dia.

Ahli kumpulan Peaks biasanya terdiri daripada ahli senjata dan ahli kuasa dari rakyat biasa yang mahu menjana duit lebih untuk menampung hidup mereka dan ia juga boleh dijadikan sebagai kerja bergaji bagi mereka.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now