...sambungan Bab 23

16 6 0
                                    

MIRZA menuju ke dalam hutan yang berdekatan jeti laut itu dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak dahulu. Ari tiada di situ dan sedang menunggu dia di tempat mereka diberi taklimat tadi. Dia menyuruh Ari menunggu dia di situ.

Ari sedang duduk memandang unggun api yang telah dinyalakan oleh dia tadi. Ia bukannya sebab suhu tempat itu telah sejuk, tetapi ia untuk menghalang serangga seperti nyamuk menggigit mereka. Apabila malam menjelma, makhluk-makhluk macam itu sangat suka keluar mencari mangsa.

Semasa sedang duduk di depan unggun api, Fragil dan Nabita serta dua orang lelaki telah menghampiri dia. Mereka berdiri di hadapan unggun api itu dan ia telah membuatkan Ari menelan air liurnya.

"Bangun." Arah Fragil tegas.

Disebabkan itu, Ari terus bangun tanpa berlengah. Tetapi, ia telah membuatkan Fragil, Bita dan dua orang lelaki itu tergelak nakal.

"Heh, taat juga kau ni, macam anjing." Fragil tergelak kecil apabila teringatkan haiwan peliharaan di rumahnya itu.

Ari hanya menunduk.

"Dia ke orangnya?" soal salah seorang lelaki yang dibawa bersama oleh Fragil dan Bita tadi iaitu Predi.

"Ya, dialah. Pengacau betul, elok-elok dah kami dapat Mirza tu, tiba-tiba kena tukar pulak." Fragil mengadu kepada Predi yang merupakan sepupunya.

Mereka berdua ialah dari keluarga Bangsawan Kelas Bawahan (BKB) dan memasuki misi ini kerana mahu membuang masa terluang mereka. Mereka bosan hanya berada di rumah, malahan mereka memasuki misi pada kali ini kerana telah dicabar oleh satu sama lain.

Lagipun, bagi mereka memburu raksasa sama macam memburu binatang buruan di dalam hutan seperti arnab, rusa dan sebagainya. Mereka juga sudah terbiasa mengikuti misi begini, jadi ia tidak menjadi masalah buat mereka pun.

Predi tersenyum. Tika itu ahli Peaks-C dan PK Biom sedang berada di dalam kabin kecil yang terdapat di situ. Lagilah lebar senyuman Predi kerana sekarang dia mempunyai alat mainan untuk dimain sementara menunggu kapal.

Wajah perempuan bernama Ari ini nampak seperti perempuan bodoh, makin senanglah untuk dia permainkan. Dia menarik rambut pendek paras bahu Ari dan terus menampar pipi Ari.

"Hei, kamu dah kenapa? Kita ni nak jalankan misi, bukannya cari pasal dan membuli." Marah Emier dari jauh.

Emier tahu Fragil dan Bita tidak suka satu kumpulan dengan dia, tapi ada dia kisah, dia cuma mahukan wang untuk rawatan ibunya yang sedang sakit dan duit untuk menampung persekolahan adiknya.

"Kau diam, kalau kau tak nak jadi sasaran aku, maka kau diam. Yang lain pun sama." Marah Predi kepada Emier dengan mata yang membulat besar.

Disebabkan tidak mahu mencari pasal di situ, maka Emier terpaksa mendiamkan dirinya. Yang lain juga sama, mereka tidak mahu terlibat dengan masalah.

Kali ini, Predi menampar pipi kanan Ari pula. Ari tidak menangis mahupun meronta-ronta, dia hanya diam saja. Dia sudah biasa dimalukan begini. Disebabkan reaksi Ari itu, maka Predi menjadi semakin marah. Dia mahu melihat wajah serta reaksi ketakutan dan tangisan Ari.

Oleh sebab itu, Predi menumbuk bahagian abdomen Ari. Ari mengaduh dan terus membongkok sambil memegang bahagian abdomennya itu. Tetapi, rambut Ari ditarik sekali lagi dan kali ini, matanya bertemu dengan mata Predi.

Wajah kesakitan Ari itu semakin membuat dia rasa teruja. Ada sesuatu yang bermain-main dalam hati dan perutnya. Dia rasa seronok. Ha-ha! Hahaha! Kemudian, dengan sekelip mata Predi nampak seseorang merentap tangannya yang sedang memegang rambut Ari.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now