BIDADARI DARI NERAKA 🥀 9

186 15 0
                                    

" Ye abah, ehh pakcik jemputlah masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Ye abah, ehh pakcik jemputlah masuk..sila sila" pelawa aku .

" Haa mari kassim naik..Dhia buatkan teh o panas utk pakcik" arah abah .

Abah dan pakcik kassim duduk di ruang TV manakala aku sibuk menyediakan teh o panas utk tetamu .

" Iras betul muka anak kamu dgn arwah.. mmg terubat betul rasa mcm arwah tu masih ada.." bisik pak kassim kepada abah.

" Alhamdulillah, dh rezeki aku ada anak pempuan yg serba serbi mcm arwah mak nya..tapi walau apa pun ada juga yg berbeza antara si Dhia tu dgn arwah bini Aku" balas abah sambil tersenyum .

" Perwatakan kasar tu .. kuat sngat bergurau si Dhia ni.. Selalunya anak dara banyak berdiam..ini kerja² yg lelaki sepatutnya buat tapi dia boleh larat nk buat..Aku sampaikan naik risau kalau2 peranakan dia jatuh ke ape" bebel abah.

" Baguslah dia terlebih rajin, boleh berdikari sendiri tanpa bantuan lelaki ..esok lusa kalau dia dah kawin senang suami takde nak susah hati fikir itu ini" sambung Pak kassim.

" Itulah tu, ehh tadi Aku pelawa kau makan nasi kan ? haa moh le makan kat dapur" kata abah .

Lalu dibawanya Pak kassim menuju ke dapur.

" Ehh abah pakcik.. ya allah buat apa kat dapur ni..duduklah kat depan senang Dhia nk sediakan.." tegur aku yg sedang mengacau larutan gula.

" aih abah kamu ni lah, pelawa pakcik makan nasi kat dapur ni haa ..pakcik segan makan kat rumah org ni" balas pakcik kassim.

" Aje nye heeh kamu ni kassim..tadi dekat dusun bukan kemain lagi kata juara makanan satu kampunglah apalahh, ni malu malu tahi kucing pulak" perli abah .

Tersengih² pakcik kassim bila abah memerlinya sebegitu..

" Hahaha lawaklahh abah dgn pakcik ni..haa duduklah .. Dhia hidangkan nasi sekejap ye" kata aku lalu mengambil pinggan dan dihidangkan nasi beserta lauk ayam masak merah.

selesai saja menghidangkan hidangan untuk abah dan Pakcik Kassim, aku terus meminta izin utk masuk ke dalam bilik.

selesai saja menghidangkan hidangan untuk abah dan Pakcik Kassim, aku terus meminta izin utk masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau nk makan ape? aku belanja" soal Nabil kepada Ilham.

"Erm eh tak pelah susah2 je..aku boleh je order roti canai, kau tak payah belanja aku pun takpe" jawab Ilham sambil memandang ke arah  Dazril.

" Eh jgn mcmtu, kitorang jadi tak selesa pulak kalau kau makan simple2 " celah Yusof sambil tangannya ligat mencuit peha Dazril supaya turut bersuara.

" Err kau order jelah Ilham, takyah nk segan sangat..Nabil kan dh ckap nk belanja so order jela" Balas Dazril sambil memberi senyuman kelat.

Ilham yang tidak mahu suasana semakin kekok, dia hanya mengikut sahaja apa yg dipesankan oleh Nabil untuknya.

"Terima kasihlah korang sbb sudi makan dgn aku siap package belanja makan pulak ni, bertambah segan pulak aku kat korang" Kata Ilham sambil mngangguk segan.

"kalau kau segan, kau bayarlah 2 kali ganda dari harga makanan tu,tu pun kalau mampulah setakat rm 15 je ni" Celah Dazril.

suasana tiba2 senyap ...

" hahaha chill ah, gurau jer kot..apsal semua nk muka kelat ni ..betul tak Ilham Fattah?..gurau antara sesama kawan kan mmg dark sikit.." Kata Dazril sebaik sahaja semua terdiam disitu dan sengaja ditekankan lagi perkataan sahabat itu sehingga Yusof dan Nabil sendiri memandang hairan dengan agenda Dazril.

"ouh hahaha, takpe aku okay je" Balas Ilham.

"wowow okey2 so lets tukar topik lain sementara tunggu makanan sampai okeyy.." potong Yusof sambil matanya memandang Dazril sepintas lalu.

"Untung kau kan Ilham, si mangkuk 2 ekor ni nk buat baik pulak kat kau kan..aku mmg agak dah org miskin mcm kau ni mesti pura-pura baik..tkpe, ini Dazril lah..cukup masa je nanti, tahulah nasib kau" ujar hati Dazril tersenyum senget sambil memandang  Ilham yang mula berborak dengan Yusof dan Nabil.

Iphone 13 promax milik Dazril dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Ilham.

" nah, save no kau dalam phone aku ni" arah Dazril sambil menghulurkan phone nya.

perlahan2 tangan ilham menyambut telefon tersebut lalu dimasukkan no tel miliknya. 

" ouh ye, save jugak no kitorang..apa2 senang sikit nak roger kann" sampuk Nabil lalu turut mengambil phone Yusof yang memang dari awal diletakkan atas meja.

017531*** - nombor telefon miliknya disimpan dalam phone mereka bertiga.

Tersenyum sinis Dazril apabila mendapat no tel Ilham..

"Ouh ye, esok Ilham kitorang ingat nak study dgn kau, tu pun kalau kau sangguplah nak ajar aku kan" kata Nabil .

Begitu juga dengan Yusof yg mengangguk2 menandakan bersetuju dgn tindakan tersebut.

"Dazril? kau on tak?" soal Yusof .

"ermm nnti apa2 aku roger korang sbb esok aku ingat lepas habis kelas maybe nk jumpa someone kejap "Jawab Dazril.

" elehh nak jumpa Arrisa lah tu kan, mcmlah kitorang taktauu" perli Nabil.

Ilham hanya tersenyum melihat Nabil yg sejenis mulut lancang ni.

"Patutlah kau ni single kan..memangnya ada masalah ke dgn kau kalau aku nk jumpa awek aku sendiri ? ada masalah personal ke ? aku rembat muka kau kang" Balas Dazril sambil mengangkat kening mengejek Nabil.

" Hah mula dah mula dahtu, bertekak pulak korang berdua kat sini..dah2 makanan dah nak sampai dahtu..jgn nak bertekak dah..tak kesahlah nk jumpa sape pun" potong Yusof.

" Ni Dazril ni start dulu" marah Nabil .

" Argh aku pulak kena, eyy mamat nih kang" Balas Dazril.

" Sudah2, malu si Ilham ni tgok perangai korang mcm bebudak..dah diam dua2" Marah Yusof lagi ..

"Takpa2..persahabatan yg mcm ginilah yg selalunya kekal lama.." Balas Ilham dgn lembut dan penuh sabar.

Terdiam mereka bertiga apabila mendengar nasihat ringkas dari Ilham sebelum hidangan mereka betul2 tiba di atas meja.

Terdiam mereka bertiga apabila mendengar nasihat ringkas dari Ilham sebelum hidangan mereka betul2 tiba di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now