BIDADARI DARI NERAKA 🥀 80

184 10 0
                                    

" Dhia? " Panggil Dazril

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Dhia? " Panggil Dazril.

"S-saya tau..s.say.a tau yang keluarga saya memang takda hak lagi keatas arwah along.. tapi tak adil awak~ tak adil.. sebabtu saya beria minta awak carikan pembunuh tu untuk saya..saya nak tanya dia kenapa dia buat along saya macamtu .. apa salah along saya dekat dia? ..kalau dia taknak masuk penjara sekalipun, saya harap sangat dia berjumpa dengan keluarga saya untuk jelaskan semua.. bukannya lari dari kesalahan yang macamni.." aku mula berfikiran secara matang walaupun air mata masih mengalir.

Dazril dengan wajahnya yang sudah tak keruan itu mula memberikan Dhia harapan lagi supaya gadis kampung itu tidak sedih .

"4 tahun lagi saya akan datang kepada awak sebagai seorang peguam..kita sama-sama Cari orang tu ye ?..dah dah jangan nangis macamni..dah tak cantik dah adik bongsu Ilham sorang ni" kata dazril dengan nada memujuk walaupun jauh dari rupanya, dia sedang ketakutan.

Aku yang tadinya menangis lekas-lekas menyeka air mata apabila mendengar janji yang ditaburkan oleh Dazril.

"Betul ni?, Janji? Kita sama-sama cari orang tu walaupun tak payah berurusan dengan mahkamah?" Soal aku dengan nada tidak sabar.

Dazril mengangguk dengan senyuman hambar.

"Alhamdulillah terima kasih awak ..saya akan tunggu awak 4 tahun lagi ye..terima kasih ya allah " aku yang berada senang hati itu mengusap lembut dada.

"Ya allah, tolong aku ya allah..aku terpaksa buat Dhia macamni..aku tak bersedia lagi nak berterus terang dengan keluarga ilham yang aku sebenarnya pembunuh tu.. allahuakhbar tolong aku ya allah .." bisik hati Dazril sambil memberikan senyuman kepada Dhia.

Lalu mereka pun kembali menguruskan bahagian masing-masing. Dazril menguruskan jala ikan manakala Dhia menguruskan umpan dan lain lain.

 Dazril menguruskan jala ikan manakala Dhia menguruskan umpan dan lain lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di rumah pula,

" Emm abang Halim, si Dhia tu cantik ya bang. Tenang je taut wajah dia. Saya ingatlah kan macam nak buat menantu bang.. hihihi" bisik mama kepada papa dan abah di ruang tamu.

"Amboi awak ni bukan kemain lagi, tengoklah anak kita tu sesuai ke layak ke dia nak jadi suami anak abang Halim ni" balas Papa.

"Jodoh itu rahsia Allah..kalau Allah tetapkan jodoh Dhia tu Dazril, maka jadilah ianya ..saya pun bukanlah nak cakap apa, tapi diorang berdua tu masih muda..Dazril tu lebih layak dapat yang terbaik..saya bukan nak menidakkan anak saya untuk dijadikan menantu Faridah dengan Zamarul tapi biarlah keluarga kami berada di bawah saja, kami sekeluarga lagipun tak layak untuk berdiri setaraf Faridah dan Zamarul, hendak-hendak lagi kami ni orang susah..takut memalukan keturunan pula nanti" balas abah.

"Allahuakhbar bang Halim, apa cakap macamtu..kita ni kan rambut sama hitam..apa yang nak memalukan keturunan nya..macam nilah bang, kalau kata lagi 4 tahun Dazril dan Dhia tu tak berpunya..kita kahwinkan saja diorang berdua.. lagipun bercinta selepas kahwin tu lagi Indah..saya dengan isteri ni kalau boleh nak menantu yang sopan santun macam Dhia, kami tak pandang pun harta besan kami, jadi bang macam mana? Setuju ke dengan cadangan kami tu? " Soal Papa .

Abah yang memikirkan tawaran papa Dazril itu mula bersetuju..kerana bila difikirkan semula, umur abah akan semakin hujung usia..sampai bila Dhia perlu berada dibawah tanggungannya.. dan sekiranya Allah mencabut nyawa abah sebelum Dhia berkahwin, siapa yang akan menjadi walinya..

"Hmm, insyallah..nanti abang cuba bercakap dengan Dhia dulu..kalau dia setuju..lepas Dazril habis belajar nanti bolehlah kahwinkan saja diorang berdua tu" balas abah.

" Baiklah bang, kami pun memang terbuka je dengan pilihan Dazril. " Balas mama .

.................................................................................

Waktu semakin pantas berlalu.

Dazril dan Dhia sudah berjaya mendapatkan banyak ikan patin dan ikan Keli.

" Awak, dah banyak dah ikan-ikan dalam baldi ni.. nak tunggu penuh satu baldi ke baru awak nak balik?" Perli Dazril yang sudah tidak larat menjala.

" Hmm cukuplah tu, awak gulung lah balik jala tu .. lagipun kalau makin banyak ikan, makin penuh pulak peti ais kecik saya tu nanti" kata aku.

Dazril yang mengangguk faham itu terus menggulungkan semula jala dan dimasukkan ke dalam baldi kosong.

Di sepanjang perjalanan mereka pulang, mereka saling berborak-borak mengenai perancangan masing-masing.

" Jadi awak ni betul-betul single lah kan?" Soal Dazril .

"Ya Allah dia ni, ni dah 4 kali awak tanya soalan yang sama . Iye saya memang takda siapa yang nak . Haduu macam mana lagi eh nak bagi awak faham" bebel aku yang sudah tertekan dengan Dazril.

"Jadi betullah awak nak kawin dengan saya lagi 4 tahun?" Soalnya lagi.

"Ish dia ni kang, selagi takda siapa masuk minang saya, selagi tulah saya redha je nak berkenalan dengan awak . Faham" jelas aku.

Dazril sudah tersenyum-senyum malu.

"Tapi, macam yang kita cakapkan tadi, kalau awak betul nak kawin dengan saya.. maknanya awak sanggup tolong saya cari orang yang dah buat arwah Ilham macamni.." aku sekali lagi mengingatkanya .

Dazril hanya mengangguk lemah setiap kali aku mengatakan hasratku.

"Macam mana dengan cinta? Takkan kita berkahwin sebab nak tolong awak je?" Soal Dazril.

" Ala, tu boleh belajar.. orang kampung sini ramai je yang hidup bahagia lepas kawin dengan pilihan keluarga.. asalkan awak tak bagitau abah atau keluarga awak pasal perjanjian kita ni.." kata aku dengan yakinnya tanpa mengetahui perancangan keluarga dirumah juga mahu menjodohkan mereka berdua.

" Hmm yelah yelah" balas Dazril.

Perjalanan mereka akhirnya diteruskan sehinggalah tiba di rumah.

Perjalanan mereka akhirnya diteruskan sehinggalah tiba di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now