Dhia akhirnya berjaya mendapatkan lesen dan urusan pergi dan pulang dari tempat kerjanya akan dihantar dan diambil oleh Dazril bahkan kadangkala Umairah yang akan menghantarnya pulang kerana Dazril tidak mahu Dhia bersusah payah membawa kereta sedangkan perjalanan mereka sehala.
"Abang cepatlahh ~ apa lagi tu tak settle settle. Kan Dhia dah sediakan semua atas katil" jerit Dhia dari luar rumahnya kepada Dazril.
Pitt - bunyi hon kereta .
Dhia yang berada di luar itu terus menyambut kehadiran seorang pemuda yang menaiki motor.
"Ini rumah Puan Dhia Safirah ye?" Soal pemuda itu.
"Ye saya, ada apa?" Soal Dhia .
"Nah, bunga untuk awak" kata pemuda itu lalu memberikannya kepada Dhia.
Dhia menyambut baik bungkusan bunga tersebut.
"Ermm cik, tapi saya tak pesan Bunga ni" kata Dhia.
" Ehh, tak. Memang alamat rumah ni yang pesan, kepada yang teristewa " jawab pemuda itu.
Dhia yang mula berfikir itu, terus teringatkan Dazril.
"Ooo takpa-takpa, saya dah tau dah siapa yang kirim ni. Terima kasih lah ye" kata Dhia sambil menghidu haruman bunga tersebut.
Pemuda itu pun akhirnya pergi meninggalkan Dhia.
" Aik order bunga ke sayang?" Soal Dazril sambil memakai kasut hitam nya.
"Ehh, bukan abang ke yang order kan ni?" Soal Dhia.
" Bila nya abang order, cer tengok" kata Dazril lalu mengambil bunga yang dihulurkan oleh Dhia.
Sskeping nota pada Bunga itu diambilnya.
"Hi cantik, bunga ni untuk awak~ awak suka tak? "
Dazril mengerutkan dahinya.
"Ni bukan dari abang ni" kata Dazril.
"Ouh" Dhia hanya mampu terdiam.
"Siap panggil sayang cantik lagi tu~ abang Selalunya panggil sayang princess je" kata Dazril.
"Kalau bukan abang, siapa?" Soal Dhia.
" Ehh tanya abang pulak dia ni. Manalah abang tau, entah-entah kawan office Dhia kot, Dhia kan cantik sebabtu orang nak mengorat" perli Dazril dengan nada cemburu.
"Mula dah mula dah~ mana ada lah, kawan Dhia kat office tu cuma Umairah, abang samad, Fakhirah dengan Aisyah je, yang lain Dhia tak rapat sangat" jawab Dhia.
"Yelah tu~ dahlah abang nak merajuk" kata Dazril lalu menyerahkan semula Bunga tersebut kepada Dhia.
Dhia hanya menggelengkan kepalanya sambil masuk kedalam kereta.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...