SINOPSIS

871 51 3
                                    

Salahkah seorang gadis menuntut bela akan kematian seorang insan yang disayanginya ?  Salahkah aku memilih untuk mencintainya? Pantaskah aku berada di syurganya? 

       Mengisahkan seorang gadis kampung bernama DHIA SAFIRAH berusia 22 tahun yang ingin menuntut bela atas kematian satu-satunya abang yang paling diharapkan oleh keluarganya. Perkenalan-nya dengan Dazril yang disangkakan peguam yang dapat membantu merungkai kematian dan menghukum pembunuh abangnya adalah sebuah kesilapan terbesar dalam hidupnya sebaliknya dia yang dihukum Dazril. Satu persatu penderitaan yang tidak terkata diberikan kepadanya, bermula daripada hujung rambut sehingga ke jari kelingking kakinya. Perlahan-lahan semua orang yang rapat dengan DHIA mula pergi meninggalkannya bersendirian. Cinta yang diberikan kian berubah menjadi kebencian yang tidak terkata, begitu bongkaknya DAZRIL NAUFAL terhadap cinta DHIA SAFIRAH kepadanya.

   " MULAI SAAT INI AKU HARAMKAN SYURGA UNTUK KAU JEJAK SEBAB KAU BUKANLAH BIDADARI SYURGA UNTUK AKU TETAPI BIDADARI DARI NERAKA "

Muncul sahabat lama yang menjadi pelindung untuk DHIA SAFIRAH tapi apakan daya, cinta-nya hanya bertepuk sebelah tangan apabila DHIA SAFIRAH masih menanti cinta DAZRIL. 

"DEMI ALLAH, HANYA-DIA SAHAJA YANG MENGETAHUI BETAPA IKHLASNYA CINTA AKU KEPADA SUAMIKU WALAUPUN AKU DILETAKKAN SAMA TARAF DENGAN PEREMPUAN SUNDAL" 

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now