" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Arrisa dan Mikael yang saling berbincang itu, mula membuat agenda baharu. Kali ini Arrisa akan lebih banyak bergerak berbanding Mikael.
" You tunggu je bila I suruh you buat, then terus proceed." Arah Arrisa.
"You nak buat apa? You tau kan I taknak you pergi ke Dazril. You cakap you cuma nak balas dendam je kan~" Soal Mikael.
"Adalah~ but untuk masa sekarang ni, biar I uruskan family Dazril dulu. Daripada family terus turun ke anak" ujar Arrisa dengan sinisnya.
Mikael hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Okeylah, you pegi balik~ I nak restkan minda I yang dah bercelaru sebab you ni tapi make sure yang you simpan rahsia kita ni, you jangan nak menggatal pulak dengan Dhia tu" tegas Arrisa .
Mikael hanya mampu berdiam diri. Tangannya menggenggam erat cadar katil Arrisa.
Kenapa perlu hancurkan rumah tangga orang lain kalau rumah tangga sendiri pun berantakkan? Itulah yang berada di fikiran Mikael saat itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pak Kassim yang berada di kebun bersama abah sedang berborak sakan disana.
"Halim, si Dhia tu udah ada ura-ura mengandung ke?" Soal Pak Kassim sambil memasukkan buah durian ke dalam bakul.
"Wallahualam Kassim, takda pulak dia bagitau aku pun. Maknanya belum ada lagi lah tu" balas abah .
"Ooo itulah, aku bukan apa sebab Umairah tu ada bagitau aku, Dhia tu ada muntah-muntah sekali tu. Tu yang aku nanya ke kamu ni" balas Pak kassim.
"Iya? Mungkin penat bekerja kot tu. Sebab sepanjang Dhia telefon aku, takda pulak dia cerita. Takpa, nanti aku suruhlah dia periksa ke apa kan." Balas abah.
"Haa cakap pasal telefon, Dhia tu dah lama tak balik kan? Ada dalam sebulan lebih jugak lah ye tak balik?" Soal Pak Kassim.
"Itulah~ tapi takpe, Dhia tu hari-hari telefon aku dengan angah. Apa ke nama panggilannya tu~ panggilan bervideo. Haa dapatlah aku nengok muka Dhia kat situ" jawab Abah.