BIDADARI DARI NERAKA🥀100

207 7 0
                                    

Hari itu, semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah keesokan harinya, selepas subuh Dazril dan Dhia sudah bertolak dari rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari itu, semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah keesokan harinya, selepas subuh Dazril dan Dhia sudah bertolak dari rumahnya.

" Abang, nanti dekat rumah abah, abang nak tidur kat mana eh?" Soal Dhia.

" Lah, dalam bilik sayang lah " jawab Dazril yang sedang memotong kereta dihadapannya.

" Ermm tapi kan abang, bilik Dhia tu kecik je" jawab Dhia.

" Jadi? Apa masalahnya?" Soal Dazril dengan nada yang tegas.

" Tak delah, Dhia cuma taknaklah abang rasa tak selesa, lagipun katil dalam bilik Dhia tu pun katil bujang je..apa kata kalau abang tidur je dengan angah. Kita berpisah sekejap untuk 2-3 hari" jawab Dhia.

Dazril yang tadinya fokus memandu, terus dia menjeling Dhia.

" Takpelah, abang hantar sayang jelah balik, lepastu abang balik KL" kata Dazril lalu menutup radio keretanya.

Dhia yang melihat Dazril tiba-tiba diam itu mula menggentel hujung bajunya.

"Haa pujuklaa cepat, aku nak tengok sejauh mana kau boleh tahan dengan perangai diam aku ni..padan muka" bisik Dazril sambil membuat muka ketat.

" Takpelah, kita tidur jelah sebilik. Abang tidur kat atas katil Dhia, Dhia boleh tidur bawah" dengan nada yang lembut dan pasrah Dhia terus memandang ke luar tingkap keretanya.

" Takpe, sayang tidur jelah kat bilik sayang tu. Abang tidur dalam kereta pun boleh. Takkanlah abang nak bagi sayang tidur kat lantai enn, so biar abang beralah"

Sengaja Dazril menambahkan rasa sedih dan serba salah Dhia.

"Abang~, tak payahlah buat macam tu. Dhia rasa bersalah tau tak buat abang macamtu. Takkanlah abang nak tidur dalam kereta sedangkan Dhia senang lenang kat rumah !" Dhia memujuk.

" Nak buat macam mana, dah orang tu geli tak sudi nak sekatil dengan suami sendiri, takkan kita nak paksa kan" balas Dazril.

" Mana ada Dhia geli dengan abang, dhia tadi tanya abang je, Dhia taknak abang rasa tak selesa dekat dalam bilik Dhia yang sempit tu. Tu yang Dhia bagi idea abang tidur dengan angah . Lepastu abang tiba-tiba diam macam tadi, Dhia tak suka lah abang buat muka macamtu" bebel Dhia dengan nada yang mahu menangis.

Dazril terusik dengan cara Dhia menghargainya, isterinya memang menghormatinya sampaikan isu nak tidur sekatil pun dia boleh menangis .

" Yelah yelah, janganlah nangis. " Kata Dazril dengan nada yang tenang dan lembut.

" Eee !! mana ada nangis, Dhia cuma Mata masuk habuk sikit je " bohong Dhia .

" elele taknak ngaku sudah. Abang Okey je tidur mana-mana pun. Saja je nak test sayang tadi. Tak sangka caring jugak eh pasal tempat tidur abang" usik Dazril sambil sebelah tangannya mencuit dagu Dhia.

Dhia yang sudah tidak menangis lagi, tersipu-sipu malu bila Dazril mencuit dagunya .

"Eee jahat" Dhia menampar peha Dazril.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now