BIDADARI DARI NERAKA 🥀 74

153 13 0
                                    

Genap saja mereka menghabiskan masa study week mereka di kampung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Genap saja mereka menghabiskan masa study week mereka di kampung .. akhirnya mereka perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadapi final mereka.

"Abah, doakan kami tau abah..nanti lepas habis final, kami datang jumpa abah ye" kata Nabil sambil mencium tangan abah sambil disaksikan oleh Dhia dan angah .

"Iye, abah selalu doakan anak-anak abah ni berjaya di dunia akhirat ..terima kasih semua sebab sudi teman abah, Dhia dan angah..Lepas arwah dah meninggal, kamu bertiga ni abah anggap macam anak abah dah..buat elok-elok ye periksa tu..buat abah bangga.." sayu abah berkata kepada mereka bertiga.

"Abah jangan risau, kami dah berjanji dengan arwah, yang kami akan buat betul-betul final ni..arwah pernah cakap dengan kami semua yang dia naik pentas sama-sama..tapi sekarang,  dah tak lagi..dia dah pergi jauh bah.. tinggalkan kita semua untuk pergi ke tempat yang lebih mulia..dia mesti akan tengok kitorang dekat Sana nanti ..jadi abah don't worry ye.." balas Yusof untuk meyakinkan abah bahawa mereka boleh melakukan sebaik mungkin untuk peperiksaan final nanti.

Sekarang giliran Dazril pula untuk mengucapkan selamat tinggal..

"Abah" panggil Dazril.

Dia memeluk tubuh abah dengan kuat.

" Dazril~..buat elok-elok ye nak..nanti dah selesai jawab soalan semua..bagitau abah..kerap-keraplah telefon abah kat kampung ni..kalau Dazril rindu kampung ni, datang je bila-bila yang kamu nak ye..abah akan selalu menyambut kesayangan anak abah ni.." abah memujuk Dazril yang masih didalam pelukannya.

"Dazril Minta maaf" itu saja yang mampu diungkapkan.

"Dazril, sudah-sudahlah tu nak, dari Hari pertama arwah meninggal sampai ke harini pun kamu cakap benda yang sama...bukan salah kamu pun nak...ini ketentuan illahi..sudah tu sudah..anak lelaki mana boleh menangis ..ke kamu nak jadi bapok ? " Dalam abah memujuk Dazril, masih sempat lagi dia membuat lawak kepada Dazril.

Dazril melepaskan pelukan dengan bapa angkatnya..

Dazril tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta Fakrul untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sepanjang jalan keluar dari kampung itu, mereka harus melalui jalan sawah bendang yang panjang..dan itu membuatkan Dazril teringat akan kenangannya dibawa Ilham menaiki motor sawit..dalam dia tersenyum mengimbau kenangan, air matanya tetap mengalir..dan lekas-lekas dia menyeka air mata tersebut kerana tidak mahu diperasan oleh yang lain.

Hari berikutnya, dimana hari mereka perlu menjawab final exam. Seperti biasa pelajar-pelajar disitu akan memandang Dazril, Nabil dan Yusof kerana mereka masih teringat dengan kes Arrisa..dan ada juga yang turut bersimpati dengan berita kematian Ilham.

Arrisa yang dalang disebalik semua ini juga turut terkejut dengan berita kematian Ilham dibunuh dalam rumah sendiri..

Masing-masing mula mengambil tempat masing-masing dan bersedia untuk menjawab soalan.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now