" Austaghfirullahalazim!! Abah lupa allahuakhbar" abah yang sedang asyik berborak dengan Dazril, terus menjerit apabila dia teringat sesuatu.
" Kenapa abah?" Soal Dazril sambil memegang bahu bapa mertua nya.
" Allahuakhbar, abah lupa Dazril. Abah ada berjanji dengan Pak Kassim semalam, nak hantar budak sunat sebelum pukul 12 tengah hari ni." Jawab abah kepada soalan Dazril.
"Ouh, nak hantar budak tu kemana? Kalau abah tak keberatan, Dazril boleh tolong hantarkan sekali" pinta Dazril kepada abah.
Abah yang tidak mahu melambat-lambatkan masa dia terus mengangguk kepalanya menandakan dia bersetuju dengan perlawaan Dazril.
"Haa kalau macamtu kite bergerak sekarang je lah. Lagipun jam dah pukul 10:35 ni" kata Dazril sambil memandang jam tangannya.
" Jomlah kalau macamtu, ni kamu bagitau lah isteri kamu tu, takut nanti dia tercari-cari pulak kita." Arah abah kepada Dazril.
Dazril terus mengangguk kepalanya lalu bangun menuju ke bilik Ikram.
Tirai langsir dan pintu bilik yang sedikit tertutup itu diselaknya .
" Sayang~" panggil Dazril kepada Dhia yang sedang berbual dengan Ikram.
" Kejap tau angah, ye abang" Dhia menyahut panggilan Dazril.
" Abang nak teman abah hantar budak sunat kejap tau, sayang kunci pintu rumah ni, jangan lupa." Pesan Dazril kepada Dhia.
" Hantar budak sunat?, Pukul berapa balik?" Soal Dhia.
" tu abang tak pasti bila baliknya. Kalau selesai awal, abang baliklah dengan abah, kalau abang tak balik, sayang carilah pengganti baru" sempat lagi Dazril mengusik Dhia.
" Eyy abang ni ! Cubit kang" Dhia yang geram dengan perangai suaminya mula mengacah mahu mencubit.
" Taklah abang gurau, berani lah sayang nak cari lain. Abang yang penat-penat yakinkan sayang supaya terima abang, takkan nak senang-senang bagi kat lelaki lain ." Bebel Dazril.
Dhia yang mencebik itu terus tersenyum mendengar penjelasan Dazril.
" Dah, abang nak pergi dah ni, salam" arah Dazril sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Dhia menyambut tangan suaminya. Mereka berdua kemudiannya menuju ke ruang tamu pintu keluar sementara abah berada di bawah rumah mengambil batang pisang yang diterbangnya subuh hari.
"Abah dengan abang, hati-hatilah pergi tu. Nanti Dhia tengok apa-apa bahan yang boleh Dhia masak kat dapur tu." Kata Dhia .
" Yela Princess yela, untuk sayang semua ikut sukalah" balas Dazril lalu menuruni anak tangga dan menyarungkan kasutnya.
"Kunci pintu tu Dhia, jangan lupa." Pesan abah sebelum masuk ke dalam kereta .
Dhia hanya mengangguk dan membuat isyarat 👌 kepada abahnya .
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...