" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Abang~ ya allah, Dhia tak tau nak bagi riak apa dengan keadaan abang yang macam ni. Dhia hargai sangat apa yang abang buat ni" balas Dhia sambil memegang tangan Dazril yang berbalut itu.
"Aduh ! " Jeritnya .
"Ehh maaf abang maaf, Dhia tak sengaja" kata Dhia.
Mama yang masih menatap wajah Dazril itu dipanggil papa .
"Sudah-sudahlah Faridah, awak nak tatap anak awak sampai esok ke? Kan Dazril dah sedar dahtu" tegur papanya.
"Dazril betul-betul Okey ke nak?, Ada sakit kat mana-mana lagi?" Soal mama yang mengusap kepala Dazril.
"Ada ma" jawab Dazril.
Dhia dan Papa terus berubah riak wajahnya.
"Kat mana sayang ? Kat mana? Nak mama panggil Azam balik?" Soal Mama dengan cuaknya.
"Kat sini *sambil menunjukkan dadanya (hati). Dazril sakit hati dengan orang yang nak langgar Dhia tadi" jawab Dazril sambil memandang ke arah Dhia.
Dhia mula berfikir sejenak.
"Ada yang nak langgar aku?, tapi kenapa? Bukan ke rumah abang jauh sikit dari kejiranan ke? Kenapa pula boleh ada orang nak lalu jalan tu? hah? ke kebetulan je?"
Dhia mengelamun memikirkan nya.
" Nasib abang sempat lindung sayang, kalau tak, abang tak tau lah." Kata Dazril.
" Allahuakhbar lepasni Dazril dengan Dhia kena hati-hati, mama rasa tu mesti orang jahat yang nak aim rumah kamu untuk dia rompak. Sebabtu dia buat macam tu kan" kata Mama yang cuba meyakinkan semua orang disitu.
"Ish awak ni, kita bersangka baik je lah, mungkin orang tu tak dapat nak kawal break dia ke apa, tu yang nyaris langgar Dhia tu tapi terkena pula pada Dazril. Orang tu, pun dah pergi macam tu je, haa maksudnya mestilah dia tak boleh nak break ke apa. Haih entah macam manalah keadaan orang tu ye sekarang" balas papa yang penuh dengan sangka baik.
Abah yang berada di rumah sedang bersiap-siap untuk pergi ke surau untuk urusan pembersihan.
"Angah! Cepat sikit nak. " Panggil abah yang berada di atas motor kapcai lama .
Angah yang sudah bersiap itu terus menarik pintu rumahnya . Baju arwah along yang diberikan oleh Dhia kepadanya dipakainya.
Abah sedikit terpesona melihat angah.
" Amboi, anak abah ni bukan main hensem lagi ye~ teringat abah dengan arwah along bila tengok kamu bergaya macam dia." Kata abah yang memujinya.
"Am k-kena b-bergaya, nanti b-baru ada o-orang ngorat" jawab angah yang tersengih-sengih itu.
" Julaikha lah tu ye, pandai anak abah ni cakap pasal ngorat " usik Abah sambil menyarungkan topi keledar pada kepala angah.
Julaikha yang datang sambil membawa mangkuk tingkat itu mula menjerit memanggil abah untuk tunggu dirinya .