Disaat Keluarganya bertengkar didalam wad Dazril, perlahan-lahan matanya terbuka.
Arrisa yang berada berdekatan dengannya terus menjenguk Dazril.
"Dazril ~ you dah sedar !" Sapa Arrisa .
Mama dan Papanya yang bertelagah, terus menuju ke arah Dazril.
Kepalanya yang masih berdenyut kencang itu terus dipegangnya.
"K-korang siapa~ a-aku kat mana ni?" Soal Dazril.
Mama,papa dan Arrisa saling berpandangan, benar Dazril sudah lupa ingatan jangka pendek.
"Sayang~ ni mama, papa and ni Arrisa. Dazril ingat lagi tak?" Soal mama sambil mengusap kepala Dazril.
Dazril masih mengerutkan wajahnya untuk kembali mengingat.
"Daz, it's okay~ take time okey~ jangan push sangat untuk ingat. You kena banyak berehat" Arrisa yang memegang palang besi katil itu mula menasihati Dazril.
Papa pula terus memanggil doktor apabila Dazril sudah berinteraksi semula.
"Argh ! Sakitnya" rintih Dazril apabila kakinya terasa berat tidak bergerak.
Mama terus memegang peha Dazril.
"Sayang~ Dazril tak boleh bangun lagi buat masa ni nak. " kata Mama.
"K-kenapa k-kaki Daz tak bergerak ma ! kaki Daz berat ma ! K-kenapa ni~ " ujar Dazril yang terlentang di katilnya lalu digerak-gerakkan kakinya yang tidak bermaya itu.
Dazril mula meracau apabila tiada sebarang jawapan dari mama dan Arrisa.
Doktor Azam dan papanya terus memegang tangan Dazril yang sudah meronta-ronta menepis mama dan Arrisa untuk diberi bius penenang.
Keadaan Dazril yang masih memejamkan mata akibat dari kesan ubat penenang itu telah ditinggalkan bersendirian didalam wad.
Mama dan Papanya pula pergi berjumpa dengan Azam. Manakala Arrisa, mula menjejakkan kakinya ke dalam wad.
"Dazril~ I nak you tau yang I selalu ada dengan you~ I nak you tau yang even you dah lupa ingatan, I akan selalu cinta you~ tunggu you~" Ujar Arrisa sambil memegang tangan Dazril dengan beraninya kerana tiada sesiapa didalam wad tersebut kecuali mereka berdua.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...