" Hati-hati balik tu... sampaikan salam Mak Kiah dekat abah kamu tu" kata Mak Kiah.
"Baik" balas aku lalu mengayuh basikal keluar dari perkarangan rumah Mak Kiah.
Sedang asyik mengayuh aku mula mengomel sendiri ..
"Layak ke aku ni dengan Hazwan, dia tu anak ketua kampung..aku ni biasa-biasa je..belajar pun setakat STPM jer aku ni..nak ke Mak Leha tu..haish entahlah..baik aku fikir nak masak apa balik ni" omel aku yang sedang mengayuh basikal sambil menikmati udara panas tengahari buta ..
..................................................................................
Manakala di situasi kampus pula,
"Okay semua memandangkan hari ini kelas terakhir kamu dengan saya..saya halalkan semua ilmu yang saya ajarkan kepada kamu selama ini .. insyaallah minggu depan saya mungkin akan bersalin jadi saya minta kamu semua untuk ulangkaji sendiri, tengok semula nota nota lama dan latihan lama, siapkan semua latihan-latihan lama dan yang paling penting doakan saya supaya selamat bersalin...maafkan saya seandainya ada memarahi kamu semua atau menyakiti perasaan kamu kerana itulah tugas pendidik seperti saya ini sekiranya anak muridnya membuat kesalahan ,saya patut tegur...jika tiada apa apa lagi semua boleh bersurai " Kata Madam Lizah Samsuri kepada pelajarnya.
Pelajar-pelajar yang berada disitu semuanya mengucapkan terima kasih dan manakala pelajar-pelajar perempuan pula bangun untuk bersalaman dengan-nya
Tanpa membuang masa Dazril, Ilham, Nabil dan Yusof terus meninggalkan kelas tersebut lalu menuju ke tempat parkir kereta nya..
Jam ditangan sempat dilihat sepintas lalu, menunjukkan sudah pukul 2 petang..Baru saja Dazril membuka pintu..Arrisa sekali lagi munculkan dirinya dihadapan mereka berempat..
"Hi korang, boleh i tumpang you guys sekali tak? cause my friend diorang nak stayback sampai petang dekat library..i tak larat..i nak rest kat rumah." kata Arrisa .
Dazril yang tidak mahu membuang masa lebih lama di kampus ini, dia hanya mengangguk sahaja.
"Awak duduklah kat depan, kami duduk dekat belakang je" Kata Ilham sambil membuka pintu untuk Arrisa.
Tersenyum Arrisa apabila dia dilayan sebegitu oleh Ilham.
"Thank you~~you ni baik sangatt, sweet pulak tu " kata Arrisa.
Ilham hanya memberikan senyuman kepada Arrisa .
Perjalanan mereka kemudiannya diteruskan sehinggalah tiba di rumah Arrisa yang tidak jauh juga besar rumahnya dengan Dazril.
Terkedu Ilham apabila melihat kebesaran rumah Arrisa.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...