Dazril akhirnya bersetuju untuk membantu Arrisa menguruskan urusan penceraian nya dengan bantuan rakan guaman syariahnya.
Selesai saja mendapatkan bantuan untuk Arrisa, Dazril kemudiannya pergi ke pejabatnya.
Di pejabat, Yusof dan Nabil sudah menunggunya.
" Kau kenapa ye Daz? Mana hati perut kau ye?" Soal Yusof dengan selambanya masuk ke dalam pejabat Dazril.
" Aduh benda pulak ni, hati? Perut? Korang merapu apa sia ~" balas Dazril lalu membuka fail hitam nya.
"Eh musibat ! kau sedar tak apa yang kau buat semalam ?! Lepastu kau boleh tenang-tenang je masuk office ? Eh orang macam kau ni tak layaklah uruskan hal orang kalau hal sendiri pun nak expose depan orang ramai ! " Sampuk Nabil dengan mulut lancang nya.
Dazril mencampakkan fail hitam nya kepada Nabil, mujur sempat dielaknya.
" Kau kalau tak tahu apa-apa, diam boleh tak?. Hidup korang berdua ni memang suka masuk campur ke ? Takde urusan sendiri ? Ke korang pun dah kena mandrem dengan Dhia?" Soal Dazril.
" Eh celaka lah mulut kau ni " Yusof terus menarik kolar kemeja Dazril.
"Tumbuklah tumbuk ! aku dah tak hairan dahlah dengan korang ! Persahabatan bodoh ! Tumbuklah cepat sini tumbuk !" Cabar Dazril.
"Kau..kau tak pernah berubah Daz~ jom lah Nabil~ tak guna kita duduk kat sini, dia takkan pernah dengar nasihat kita. " Yusof melepaskan tangannya dari pegangan kolar baju Dazril perlahan-lahan lalu keluar dari pejabat Dazril.
Nabil juga turut menggelengkan kepalanya.
" Thanks do Dazril~ for everything... " Ujar Nabil lalu keluar dari bilik pejabat Dazril.
Hubungan persahabatan mereka bertiga juga akhirnya putus jua.
Dazril menolak lidahnya ketepi dinding mulutnya. Lelaki bernama Dazril yang berusia 30 tahun ini lebih teruk dan parah berbanding Dazril sewaktu di universiti dahulu.
.................................................................................
Dhia yang sedang tidur di ruang tamu dengan tangannya yang berteleku pada meja, tidak sedar akan panggilan dari Dazril.
Gadis itu kepenatan, kakinya dalam kesakitan.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5:03 petang.
Dhia masih tidak masak apa-apa kerana kelelahan mengemas rumah akibat dari Majlis semalam.
"Ni apahal tak berangkat ni ! Mesti melayan jantan lain ni ! Celaka betul lah betina tak serik-serik ye" Dazril yang berang itu membuat andaian sendiri lalu memecut laju keretanya.
Entah bagaimana, Mikha seakan-akan ingin memberi petunjuk kepada Dhia untuk bangun dari lenanya dengan membuat bekas makan kucingnya terjatuh ke lantai, mujurlah isi makanan didalamnya habis licin.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...