BIDADARI DARI NERAKA🥀139

203 4 0
                                        

Dhia akhirnya ditolak jatuh oleh Dazril ke dalam kolam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dhia akhirnya ditolak jatuh oleh Dazril ke dalam kolam . Tetamu-tetamu yang berada disana hanya mampu melihat betapa teruknya isteri Dazril ini.

" Dhia Safirah Binti Halim, kau dengar sini baik-baik ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku sebab bagi aku kau tu hanya hamba abdi dari neraka dan AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK !! DASAR PEREMPUAN MURAH ! SUNDAL ! DAHLAH ANAK ORANG MISKIN, HIDUP MENUMPANG KASIH SAMA MACAM ABANG KAU YANG CACAT TU HAH !! kau tak fikir ke masa kau rancang semua ni dulu? bapak kau tau tak yang kau dah tidur dengan lelaki dalam video tu? mesti tak en~ sebab kau tu anak manja bapak kau~ semua rahsia kau mestilah bapak kau backup kan~ dasar keluarga puaka ! Busuk hati !" Tanpa memikirkan maruah Dhia yang sudah tercemar dikhalayak ramai, Dazril mencacinya.

Abah yang sudah sebak melihat anak perempuan nya dilakukan seperti sampah, mula mendekati Dazril.

" Dazril~ jangan marah Dhia Dazril~ Dhia tak mungkin buat semua tu. Dazril dah salah faham anak~ dengar dulu penjelasan Dhia nak~ jangan marah dia~ marahlah Abah sebab gagal didik dia, tapi jangan hukum dia macam ni anak ~dengarlah cakap abah ni nak " Abah memegang lengan Dazril sambil diikuti angah dibelakang nya.

Angah yang sedih melihat Dhia yang sudah jatuh ke dalam kolam itu hanya mengalirkan air mata ketakutan terhadap Dazril.

" Argh tepi kau orang tua ! .. Kau jangan nak sentuh aku dengan tangan kotor kau tu !.. Keluarga kau semuanya pembawa malang !..dan kau siapa NAK bahasa-bahasakan aku ni anak kau !? Aku taknak Ada keluarga miskin, sebaliknya aku malu dapat keluarga miskin ! Hidup atas penderitaan orang lain untuk apa ? Anak kau ni jahat kau tau orang tua, dia kahwin dengan aku sebab nak bolot harta aku, lepastu senanglah korang satu keluarga kan !! Memang patut pun Ilham tu mampus !.. " Dazril menepis tangan abah dengan kasar menyebabkan abah jatuh ke lantai.

Tetamu-tetamu yang berada disitu, masing-masing terdiam dan terkedu.

"Abang~..hikss hikss..dh.hia b.boleh jela.skan abang~j-jangan buat a-abah macamtu abang~" Dhia yang sudah keluar dari kolamnya terus menghampiri abah.

" Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari pelacur macam kau ni. Patutlah selama aku sakit, yang ada dengan aku, yang jaga aku cuma ARRISA nih !!!. Kau kemana masa tu? kau menyundal dengan laki lain !" Kuat sungguh tuduhan Dazril kepadanya.

" Dazril, jangan hina anak abah. Cukuplah hina abah seorang ~ jangan hina Dhia..jangan hina anak-anak abah, abah merayu..abah sanggup buat apa saja asalkan kamu tak hina Dhia. " rayu abah sambil memegang kaki Dazril.

Dazril yang masih marah itu terus menarik pergelangan tangan Dhia agar berdiri disamping nya.

" Baik ! Kau nak sangat aku tak hina dan malukan anak perempuan kau ni kan ?.. aku boleh buat tapi ada syaratnya " Kata Dazril sambil menyentap tangan Dhia yang kembali cuba mendapatkan abahnya .

" A-abah sanggup nak~" jawab abah yang dibantu bangun oleh angah .

" Bagus macamnilah orang kampung, sanggup berusaha, Okey korang semua. Aku nak korang semua ni jadi saksi aku untuk malam ini. Dengar ye semua dengar ~ Aku nak orang tua ni, bayar balik semua duit-duit yang pernah aku bagi dekat keluarga dia, dari hutang anak sulong dia yang dah mampus tu sampailah kesemua duit-duit yang keluarga aku pernah laburkan dekat keluarga orang tua tak sedar diri ni sebagai ganti nyawa aku yang hampir melayang disebabkan anak perempuan dia ni. Dan engkau perempuan~mulai saat ini aku taknak kau bekerja dengan company keluarga aku lagi. Aku taknak keluarga aku pulak yang kau nak bunuh . Tapi oleh kerana aku ni masih ada hati perut aku tak sekejam kau, aku akan bagi kau kerja untuk aku tapi sebagai HAMBA. Boleh?"

BIDADARI DARI NERAKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang