Dhia POV,
Aku yang sudah selesai bersiap masih menunggu kehadiran Hazwan yang berjanji akan tiba tepat pukul 9 tapi bayangannya masih tidak kelihatan.
"Cakap pukul 9 dah terpacak depan rumah, ni dah 9:11 tapi tak muncul2 pun.." bebel aku sambil memegang sling bag diatas ribaan aku.
sebuah kereta Toyota merah akhirnya muncul dan masuk ke dalam perkarangan rumah ku..
Pinn !! Bunyi hon kereta ditekan oleh Hazwan.
" Lah ingatkan tak jadi amik tadi, baru cadang nak masuk rumah balik" sindir aku sambil membuka pintu kereta nya .
" Maaflah, adik saya buat hal tadi" jawab Hazwan.
"HAH MENGUTUK MENGUTUK !!MULUT KAU NAK KENA CILI KE BANG !!" Sergah Rafi dari belakang..
"Opocot mak kau" Latah aku lalu aku berpaling untuk melihat belakang ..
"Eyy aku lah budak ni, baik kau diam sebelum aku letak kau tepi jalan" ugut Hazwan lalu perlahan² mengundurkan keretanya .
"Ehh Rafi pun ade, kenapa Rafi ikut sekali ? " Tanya aku.
"Mestilah Rafi kena ikut, mak dah upah Rafi untuk jadi mata² dia perhatikan abang dengan akak" jawab Rafi sambil menyilangkan tangannya lalu bersandar.
Aku ketawa kecil melihat karenah Rafi yang berperwatakan dewasa..
"Maaflah awak terpaksa angkut dia sekali, kalau tak ..mak bising 24 jam" jelas Hazwan .
"Ehh takpe2, saya okey je .." balas aku.
"Ni awak dah makan ke belum ni?..kalau belom boleh singgah sarapan kat mana² dulu" Tanya Hazwan.
"Ouh takpe jangan susah2 lagipun saya dah sarapan dulu pukul 7 tadi" balas aku.
"Ooo er kenapa awak tak bawak Ikram sekali?" Soal Hazwan.
"Saya bukan taknak bawak dia, tapi abah tengah tak berapa sihat dekat rumah tu, kaki dia gout ..jadi kalau saya bawak dia sekali..takda siapa yang tolong tengokkan abah dekat rumah " balas aku .
"Ooo yelah pun, abah awak tu pun bukannya muda lagi boleh berdikari sendiri pe semua..memang patutlah awak tinggalkan Ikram..senang sikit abah tu" Kata Hazwan.
"Itulah tu..harap harap angah tu tak banyak lah ragam dia.." ujar aku sambil memandang keluar tingkap .
Rafi yang dibelakang memang kawal kami berdua dengan ketat..pantang Hazwan memandang ke arah Aku, dia disergah dulu oleh adiknya .
"Masa memandu sila pandu,
Masa berborak sila ajak "Itulah slogan yang digunakan oleh Rafi sepanjang perjalanan kami..Sehinggalah kami tiba di pekan kampung Gajah.
Di rumah sewa Dazril.
Selesai saja dari kes Nasi Goreng Belacan Ilham, mereka semua membawa haluan masing-masing..
Yusof sedang membuat cover page dan pengenalan bagi definisi undang-undang manakala Nabil bertanggungjawab untuk mencari sumber-sumber undang malaysia. Oleh kerana Ilham yang sudah bersusah payah mencari maklumat untuk Yusof dan Nabil maka tugas mereka hanya perlu comfile sahaja bahagian mereka, semntara untuk bahagian dia dan Dazril akan diuruskan kemudian.
"Guys, korang nak ikut tak aku dengan Ilham keluar?" soal Dazril kepada Yusof dan Nabil yang sedang membuat tugasan mereka.
" Tak kot, sebab aku nak siapkan part aku by today jugak" balas Yusof.
"Kau Bil?" soal Dazril kepada Nabil pula.
"Aku malas..nak buat kerja ni..esok Ilham nak tengok " Balas Nabil.
Dazril hanya mengangguk faham lalu menutup semula pintu bilik mereka.
Ilham yang sudah siap hanya menunggu Dazril memanggil Yusof dan Nabil.
"Jom " kata Dazril sebaik sahaja kelibatnya turun dari tangga.
"Mana diorang?" soal aku.
"Diorang nak siapkan part diorang" jawab Dazril.
"Azam?" tanya ilham lagi.
"Dia pukul 11 japgi ade kelas ..so aku takdelah nak ajak dia takut rushing pulak nak balik" jawab Dazril sambil mengambil kunci kereta dan kasut didalam rak kasut sebelum melangkah keluar dari rumah.
"ooo patutlah" balas Ilham lalu mengekori Dazril masuk ke dalam keretanya.
Vroom !! Vroom!! - bunyi enjin kereta dihidupkan..
"Jap auu, aku panaskan enjin jap" kata Dazril lalu menyarungkan kasut putih yang kelihatan mahal dan agak bergaya .
"Bergaya betul kau..nampak hensem je..aku ni dah macam orang gaji kau je" kata Ilham sambil melihat bajunya sendiri.
"Kau ni apa cakap macamtu..jangan nak merendah diri sangat..kau kalau nak pinjam apa apa dari aku, just guna je..aku bukan kesah sangat pun" balas Dazril dengan nada yang berlagak.
"Eh jap, baru aku perasan..pakaian apa kau pakai ni? " Tanya Dazril dengan muka berkerut.
"Kenapa? ni baju aku semalam lah" Jawab Ilham .
"Aduh dude ..ni kalau nak pergi pasar borong bolehlah..kalau nak pergi mall, takkan kau nak pakai macamni brader..aduh kau ni kolot betol lah"
"dah kau ikut aku masuk rumah sekarang..tukar baju kau"
Luah hati Dazril yang agak kejam tapi masih lagi menolong Ilham memilih pakaiannya.
"Nah, ini semua baju-baju yang aku jarang pakai..kau ambik lah..aku bagi free " kata Dazril sambil menghulurkan beberapa helai kemeja,sweatshirt dan baju branded .
"Weyh banyak nii, nanti kau pulak yang takde baju "jawab Ilham dengan polosnya.
"Patutlah kau ni nerd kan..fikiran tu kolot rupanya.."
"Aku kat rumah family aku 3 almari penuh dengan baju aku je..so aku bagi kau baju-baju ni supaya setiap kali kau pakai ..kau akan ingat aku"
"Dah2, cepat tukar pakaian kau ni..aku nak pakai kasut aku balik..apa apa aku tunggu dalam kereta ." jujur Dazril kepada kepolosan Ilham .
setelah beberapa minit kemudian, Ilham pun keluar dengan baju yang diberikan oleh Dazril lalu pintu rumah tersebut ditarik rapat sebelum masuk ke dalam kereta.
Dazril tersenyum melihat Ilham yang kelihatan sedikit kacak apabila pakaiannya dipakai.
"Haa macamni baru member aku..nampaklah hensem sikit dari sebelum ni "Ujar Dazril kepada Ilham yang sedikit malu dengan pujiannya .
Tanpa membuang masa, mereka pun terus menuju MYTOWN SHOPPING CENTRE.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...