Selesai saja membuat kerja rumah sehingga tiba waktu Zohor, Dhia kemudiannya menunaikan solat zohor.
"Allahuakhbar"
Sementara itu di suasana yang lain, pasangan pengantin baru yang hangat bercinta itu menuju ke mall setelah selesai urusan mereka di rumah keluarga Dazril.
" Sayang~ kenapa ni? you Okey tak?" Soal Arrisa sambil mencuit dagu Dazril.
Wajah Dazril yang sedikit pucat itu mula memandang kearah Arrisa.
"I lapar, tapi you nak sangat pergi mall, so I bawak je lah" balas Dazril dengan sedikit penat.
"Lah, nape you tak cakap sayang~ so you nak makan apa? Western? Tomyam? Or what else? " Soal Arrisa.
"No, tekak I rasa macam nak makan something lain, I mean macam traditional food. Nasi putih panas dengan lauk kampung macamtu" balas Dazril.
"O-ouh, kalau macamtu kita cari jelah mana-mana restoran klasik" balas Arrisa.
" Ermm you taknak masak? " Soal Dazril.
"Huh? W-what? I masak? Omaigod sayang~ kalau goreng-goreng fast food tu I bolehla lagi, zaman sekarang Kan semua di hujung jari je, so why nak kena bazir masa untuk duduk dekat dapur and masak masakkan kampung yang menyedihkan ni, euww" Balas Arrisa dengan nada seakan jijik dan racist.
Dazril agak terkilan dengan jawapan Arrisa .
"O-ouh hahaha betul jugak. You Kan belajar tinggi-tinggi, takkan hujung-hujung duduk dapur pulak kan" balas Dazril dengan nada yang hambar.
"Okey look, why not you suruh je Dhia masakkan~ ye lahh balik nanti senanglah kita.. sampai-sampai rumah terus makan. Lagipun dia mesti tengah berehat goyang kaki senang lenang sekarang ni kan " pujuk Arrisa .
Dazril yang sudah tidak mahu menyerabutkan kepalanya memikirkan pasal Arrisa, terus dia menghantar pesanan kepada Dhia untuk memasakkanya Asam Pedas Ikan Pari dan sup ayam permintaan Arrisa.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...