BIDADARI DARI NERAKA 🥀 97

112 10 0
                                    

Pasangan suami isteri itu kemudiannya membersihkan badan sebelum turun ke bawah untuk menyapa mama dan papa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya membersihkan badan sebelum turun ke bawah untuk menyapa mama dan papa.

Dhia yang menutup pintu biliknya dari luar, terus memegang tangan Dazril yang menunggu dirinya untuk turun ke bawah bersama.

" Maknanya bang, si Dani sekarang tengah cari pekerja lah ye untuk bahagian pembantu?" Soal Mama yang rancak berborak dengan suaminya.

" Aah, tapi tulah. Dani masih taknak bukak lagi borang kerja kosong kat situ. Tu yang saya pening sangat ni" jawab abah.

Dazril yang muncul bersama Dhia mula menyapa mama dan papa.

"Morning ma pa, awal bangun harini, pukul berapa balik semalam?" Soal Dazril sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.

Begitu juga dengan Dhia.

" Morning sayang, pukul 3 semalam. " Jawab Mama.

" Uish lambatnya, apa yang lama sangat urusan nya tu?" Soal Dazril sambil menyambut pinggan pemberian Dhia.

" Syarikat papa kamu tu lah, Abang Dani kamu tu tengah cari pekerja tapi taknak buat temuduga ke apa. Lepastu kami balik rumah bini dia semalam, Kak Tiara kamu tu mengandung." Jelas Papa.

" Alhamdulillah mengandung pa ? Fuhh jadi Paksu lah Daz ni. Pasal company abang Dani tu, kenapa jadi macamtu?, Buat jelah temuduga senang cerita." Kata Dazril.

"Itulah masalahnya sekarang ni, Dani tu keras kepala. Dia cadang nak naikkan je pangkat mana-mana staff dia yang dekat dengan jawapan pembantu tadbir tu" balas Papa.

"Pembantu tadbir?" Sampuk Dhia tapi dengan nada yang perlahan.

Mama dan Papa yang terdengar Dhia menyampuk mula bertanya .

" Ye, Dhia kenapa? Berminat ke?" Soal mama serkap jarang.

" Erm tak delah, Dhia cuma teringat yang dulu Dhia pernah minta jawatan tu dekat satu company ni" jawab Dhia.

Dazril yang menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya terus teringat tentang Dhia pernah memohon kerja di syarikat keluarganya.

" Company? Company mana?" Soal Papa yang sudah menghentikan suapannya .

"Haah Dhia, company mana? Kot lah mama kenal ke apa. Boleh mama tolong dapatkan untuk kamu" kata mama.

" Ermm Dhia tak berapa ingat tapi nama company tu Empire za~~"

" Empires Zam's Holding"

Sampuk Dazril dengan tenang . Dhia hanya mengangguk mengiyakan nama syarikat itu.

" Masyallah, tu kan syarikat abang " kata Mama sambil memegang lengan papa.

" Subhanallah, itu syarikat papa, dhia~ . Kecik betul dunia ni kan sampaikan menantu papa ni memang dekat dengan kita dari dulu. Jadi macam mana? Masa tu Dhia dapat ke kerja sebagai pembantu kat situ?" Soal Papa.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now