Setelah selesai mandi membersihkan diri, perlahan-ahan pintu tandas dibuka..aku segera berlari lari anak untuk masuk ke dalam bilik..dan lekas-lekas aku menyarungkan kain batik arwah mak lalu dililitkan pada pinggang beserta baju opah-opah berwarna merah jambu..
Bekas minyak urut yang berada diatas meja tepi pintu masuk bilik ku ambil lalu terus menuju ke abah yang sedang menonton TV.
"Abah? kaki abah tu nak Dhia tengokkan tak?" soal aku sambil melabuhkan punggung di atas lantai .
"Kalau tak mengganggu Dhia, abah memang nak minta Dhia urutkan ..tapi kalau Dhia nak tidur atau nak buat kerja lain, takpelah pergilah" Balas abah.
"Takpe bah, lagipun Dhia memang tengah takda buat apa apa pun sekarangni ..tu yang Dhia tanya abah tu..haa sini Dhia tengokkan kaki abah tu" Balas aku sambil mengangkat kaki abah yang sudah sedikit membengkak keatas riba.
" Uish nasib tak merah bengkak abah ni..abah ada buat apa-apa ke semalam..terjatuh ke salah makan ke?" soal aku sambil menyapu perlahan permukaan kaki abah.
" Hmm kejap abah nak ingat balik" Jawab abah..
"haa !! abah ingat, semalam abah ada makan daging..ermm Pakcik Kassim semalam ada bagi abah makan daging berlado sebelum uruskan dusun tu semalam..abah cadang nak makan 2-3 hiris je daging tu, tapi sedap pulak masakan bini pak Kassim tu..tu yang tinggal separuh je untuk pakcik Kassim kamu tu.. agaknya inilah kot kesan nya..gout" Terang abah..
"Hah patutlah bengkak sikit ni..abah kan tak boleh makan daging banyak sangat..lupa lahh tu arwah mak banyak kali pesan kat abah jaga pemakanan abah tu..degil abah ni..nak kena ikat kaki tu biar insaf sekejap" bebel aku
"Eee anak abah ni bukan main lancang lagi mulut tu, sama macam arwah mak..kalau macamtu Dhia janganlah urut kuat sangat ye kaki abah ni sebab orang gout ni tak boleh diurut, jadi kamu sapu gitu-gitu jelah " balas abah .
"Ouh baik abah, Dhia sapu jer..ouh ye abah esok Dhia nak pergi pekan sekejap dengan Hazwan..jadi abah dengan angah berehat je kat rumah.." Kata aku.
"Dhia ada urusan apa dekat pekan tu? kenapa tak pegi je kedai runcit Hamid tu..dekat pun dekat" Tanya abah.
" Dhia nak pergi pos borang permohonan kerja SPA8 lepastu ingat nak beli terus barang dapur dekat sana" Jelas aku kepada abah.
"Ouh Dhia nak cari kerja ke?" soal abah.
"Hmm nampak gaya macamtulah abah, sebab kalau nak tunggu tawaran belajar lagi nampak macam lambat je..jadi Dhia cubalah nasib dengan apply kerja yang ada dekat SPA8 tu abah..jadi kalau dapat kerja tetap, Dhia tak payahlah susah-susah belajar..haa Dhia boleh buat kerja sambil belajar..duit gaji pun dapat, ilmu pun dapat " Jelas aku lagi ..
"Ooo macam tu ya sekarang cari kerja..abah ingatkan kalau Dhia tak sambung belajar..susah nak dapat kerja.." balas abah..
"Haa takdelah..sekarang ni semua orang boleh bekerja walaupun takda sijil spm atau diploma..yang menentukan kerja kita tu cuma rajin dan tak je..dan Kalau kata Dhia dapat kerja tetap..gaji Dhia takdelah sebesar macam gaji along kalau along dah berjaya jadi peguam nanti..along tu gaji Ijazah..Dhia ni pulak gaji stpm mcmtu je.." Jawab aku..
Abah hanya mengangguk sahaja dengan penerangan yang aku sampaikan kepadanya.
"Kalau Dhia rasa benda tu baik untuk Dhia, maknanya baik jugaklah untuk abah ye nak..abah doakan anak abah ni dapat kejar cita-cita yang kamu dan along impikan..amin" ujar abah lalu mengusap lembut kepala ku.
"aamin" balasku..
Kaki abah yang masih bengkak itu ku usap perlahan sambil meneruskan perbualan sementara angah sudah terlelap disebelahku.
" Ermm kira berapa semua ni"Arah Dazril kepada salah seorang pelayan yang berada disitu.
" Semua sekali RM43.63 bang" balasnya.
Dazril tanpa membuang masa terus mengeluarkan dompetnya dari poket seluarnya lalu menghulurkan RM50 tersebut kepada pelayan itu.
"Keep the change" balas Dazril .
Yusof, Nabil dan Ilham terus bertanya kepada Dazril ..
"Berapa yang kitorang nak kena bayar ni bila kau dah sekalikan kiraan macamtu ?" Soal Ilham .
"Lah, buat apa? kan aku dah bayar terus kesemua makanan korang tu..so habis situ jelah..nak bayar apa lagi" Jawab Dazril dengan selamba.
"So ni kau belanja kitorang lah ni??" Soal Nabil.
"Memang sebelum ni pun aku yang keluarkan duit aku untuk korang kan? so betullah apa yang aku buat..dah dah jom jom..dah nak pukul 5 dah ni..dekat 3 jam kita duduk sini je" Balas Dazril lalu berdiri untuk meninggalkan restoran tersebut..
Begitu juga dengan Yusof,Nabil dan Ilham yang mula menerima perubahan Dazril yang santai seperti dulu kala.
Mereka pun masuk ke dalam kereta milik Dazril.
"So korang nak kemana je lagi lepasni?Ilham? Nabil?Usop? " Soal Dazril sambil menghidupkan enjin keretanya.
"Kita pergi Masjid dulu boleh ke? sembahyang awal waktu ni dapat meluaskan lagi pintu rezeki dan memberi kesan yang baik kepada organ kesuburan..tapi tu pun kalau korang nak pergi masjid dulu lah sebelum rancang tempat seterusnya.." Jawab Ilham sebaik sahaja tiada respon oleh Nabil dan Yusof kepada soalan Dazril.
"ouh, emm a-aku okey je..k-korang?" Kata Dazril dengan nada sedikit gagap.
"Kitorang pun okey je..tapi aku ingatkan lepasni kita pergi beli buku and peralatan sebab malamni aku plan nak buat progress sikit" Balas Yusof.
Maka destinasi mereka ini adalah ke Masjid untuk menunaikan solat Asar..Tiba sahaja di masjid berdekatan, mereka berempat pun menunaikan solat termasuklah Dazril ..
Selesai saja sembahyang asar, mereka berempat pun menuju ke kedai peralatan untuk membeli beberapa barang berkaitan tugasan mereka..
Setibanya mereka di kedai tersebut..Yusof dan Nabil keluar membeli barang manakala Ilham dan Dazril hanya duduk didalam kereta.
"Thanks Ilham, kau maafkan aku" Ujar Dazril secara tiba tiba dengan nada sedikit sayu.
" Takpelah..kita sama sama dah minta maafkan tadi..aku yang sepatutnya mintak maaf dengan kau sebab buat Arrisa dengan kau putus..tapi kau masih maafkan aku dan siap berdamai pulak tu..aku minta maaf tau" Kata Ilham.
"Apa kata kalau kau duduk menyewa sekali dengan kitorang, kau nak?" soal Dazril mengejut.
"uish, aku bukan taknak tapi aku takda duit nak bayar harga sewa rumah kau tu..setakat rm150 sorang tu aku bolehlah lagi macam bilik yang aku sewa dekat Fakhrul ni.' Jelas Ilham dengan nada sayu.
"Kau jangan risau..aku, Nabil dengan Yusof boleh tolong topupkan kau..lagipun kita tinggal 2 minggu je kan..jadi kau cuma perlu bayar separuh je ..jomlah Ilham duduk sekali" pujuk Dazril.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfic" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...