" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ermm, bagi aku masa boleh? sebab aku segan lah kalau tiba² je keluar dari rumah Fakrul .." pinta Ilham .
"Okey aku bagi kau masa sampai esok boleh ..lagipun aku rasa Fakrul mesti okay punya .." balas Dazril untuk meyakinkan Ilham .
" okay thanks Dazril sebab faham keadaan aku..genap je dua hari nanti, aku bagitau kau" kata Ilham .
" Okay" balas Dazril sambil tersenyum .
Beberapa minit kemudian, kelibat Yusof dan Nabil berjalan keluar dari kedai tersebut itu pun kelihatan ..
Pintu kereta tersebut dibuka oleh mereka.
"Haa dah..jom balik" kata Nabil lalu mereka semua pun bergerak untuk menghantar Ilham kerumah Fakrul . ............................................................................
"Dhia oo Dhia.." Panggil abah.
"Ya abah, kenapa? " Soal aku yang tadinya berada di dapur terus menghampiri abah yang berada didalam bilik .
"Esok Dhia pergi pekan tu ada ke duitnya?" Soal abah.
"Alhamdulillah ada abah tapi takda lah banyak mana..cukup cukup je duit hasil jual Nasi Lemak tadi dengan upah sebab tolong jaga warung.."
"Abah nak beli ubat demam dengan ubat gout model yang ni sebab dah nak habis .." balas abah sambil menunjukkan ubat gout miliknya kepada aku .
"Ooo yang ni, haa takpa esok Dhia belikan sekali ye bah" balas aku.
" Nih amik lah sikit duit hasil upah Pak kassim..belilah lebih sikit barang rumah ni takdelah kamu kena kerap keluar beli barang nanti" kata abah lalu menghulurkan sekeping rm50 yang sedikit renyuk kerana disimpankan dalam poker seluarnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Ya allah abah, kan Dhia dah cakap duit Dhia cukup..abah simpan je duit ni untuk keperluan lain" jawab aku sambil menolak pemberian nya.
"Abah memang nak Dhia guna duit abah ni..abah segan bila semua barang keperluan dalam rumah ni guna duit Dhia..abah rasa macam takda tanggungjawab kepada anak-anak." balas Abah.
"Hmm yelah Abah, Dhia ambik ye duit ni, nanti Dhia beli barang dapur guna duit abah ni ya..terima kasih" kata aku sambil menyambut huluran duit tersebut .
"Sama-sama, ni Dhia buat apa tadi?" Soal Abah..
"Dhia masak sup ayam dengan telur dadar ...kebetulan ada lebih² ayam semalam tu yang Dhia masak tu.." jawab aku .
"Uuu sedapnya, tiba2 lapar mendidih abah..makan nasi panas2 dapat pulak sup dengan telur perghh, boleh tidur terus abah" gurau abah.
" Tengok mula dah tu merepek2 abah ni.. Dhia tak jadi lah bagi abah makan.. nanti kalau abah makan, boleh tertidur terus..jadi baik abah tak payah makan kann" balas aku menyindir abah..
"Alah abah main2 je..janganlah garang sangat anak abah ni..yelah2 abah tak merepek dah..haa boleh abah makan tak" usik abah..
Aku tersenyum melihat karenah abah yang suka mengusik anak2 nya.
Angah yang baru saja keluar dari tandas terus memanggil manggil namaku dari dapur..
"Abah, Dhia uruskan angah dulu ya..abah rehat je ya..nnti Dhia bawakkan nasi dengan sup lepas dah siap nanti.." kata aku lalu keluar dari bilik abah untuk menyiapkan angah..
"Angah, kejap ngah kejap..lap dulu kering2 badan tu.."arah aku kepada angah sambil mengambil kain pelikat yang baru dilipat beserta tshirt hitam angah.
"Haa nah baju dengan kain angah..dah pergi pakai baju ni dalam tandas..tutup pili air tu angan membazir" arah aku sambil menghulurkan pakaiannya.
"Thanks tau korang belanja aku makan tadi..ouh ye Dazril nanti aku maklumkan kat kau ye..bye assalamualaikum hati-hati balik tu" kata Ilham .
Dazril, Yusof dan Nabil yang berada didalam kereta saling mengucapkan waalaikumsalam dan tanda sama sama lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah Fakrul .
"Assalamualaikum Fakrul, aku balik ni" Tegur ilham sambil membuka tombol pintu rumah nya.
"Waalaikumsalam, lambat balik..nak dekat pukul 6 baru ingat rumah ke " sindir Fakrul.
"Hahaha taklah tadi lepas makan, pergi masjid lepastu singgah kedai japp " jelas Ilham.
"Bukan main eh kau sekarang sejak dah ada kawan ni..siap bawak dua orang tu tidor rumah aku pulak tu..dah macam Hotel Five Star diorang kerjakan rumah ni.." perli Fakrul dengan nada melawak.
"Dulu ya dua orang je, sekarang dah bertiga "jawab Ilham sambil melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Fakrul.
"Bertiga? siapa lagi sorang?" soal Fakrul .
"Dazril" jawab ilham.
"Woi seriuslah kau dah ngam dengan dia? alhamdulillah akhirnya housemate aku ni dah bertambah kawan" ujar Fakrul sambil menadah tangannya.
"alhamdulillah amin..merasa jugak aku ada kawan-kawan yang dekat dengan aku..kalau dulu aku sorang-sorang je masa diploma..dah masuk degree ni barulah ada 4-5 orang termasuk kau yang hensem lagi kacak bergaya ni" Usik Ilham sambil mencuit dagu Fakrul.
"Hoi kau cuit2 apa, girlfriend aku pun tak cuit aku macamni tau " marah Fakrul sambil menepis tangan Ilham..
"Weyh, ni ada benda yang aku nak ceritakan dekat kau" kata Ilham dengan nada yang serius.
"Arrisa dengan Dazril dah break..and kau nak tahu tak ...Arrisa suka aku weyh !!" jerit Ilham
"Tahu, tapi dia cakap dia tak kesah dah pasal Arrisa tu and dia dah bagi aku kepercayaan dia untuk aku jaga Arrisa..aku tak sangka yang sejahat-jahat layanan Dazril dekat aku dulu, sebaik-baik dia sanggup kongsikan kebahagiaan dia dekat aku.." Jelas Ilham dengan nada kagum dengan pengorbanan Dazril.
"Wah, untunglah kau..kawan pun dapat, awek pun dapat..aku doakan kau ni dapat kejar apa yang kau citakan dan aku doakan supaya kau bahagia selalu..so apa planning kau sekarang?"soal Fakrul.
"Planning aku, aku nak masuk bilik..nak mandi jap lepastu aku nak bagitau Arrisa.."jelas Ilham sambil tersenyum lebar tidak sabar untuk memaklumkan Arrisa mengenai Dazril.
"Hah cantik jugak tu, haa pegi2..aku nak sambung tengok tv balik..apa apa pun all the best matt " kata Fakrul lalu kembali menonton cerita dendam seorang isteri yang baru saja bermula.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.