BIDADARI DARI NERAKA 🥀 78

238 15 0
                                        

FLASHBACK

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

FLASHBACK

Dazril yang berjaya mengelakkan dirinya dari pukulan abah dan lari dari keriuhan keluarganya membuatkan dia berlari tanpa melihat Dhia dibelakang.

Apabila Dazril memandang kedepan, dia dan Dhia melanggar antara satu sama lain . Dhia yang hampir terjatuh kebelakang itu sempat ditarik lengannya oleh Dazril dan menyebabkan tubuh Dazril jatuh terlebih dahulu manakala Dhia jatuh ke atasnya.

END FLASHBACK

"Ehem, anak abah tu Dazril~~" tegur abah dengan nada sedikit tegas kepada Dazril dan Dhia .

Aku yang tersedar dari jatuh itu, lekas-lekas aku bangun menjauhkan dirinya.

"Olo anak mama jatuh, sini sayang sini bangun" pujuk mama lalu mengangkat Dazril yang sedang terbaring.

"Ouh jadi inilah encik Halim nya ye?" Soal Papa yang tak menghiraukan anak lelaki nya jatuh.

"Ye saya lah orangnya..encik ni mesti Dato Zamarul ye? " Tanya abah kembali.

Papa terus memeluk abah di tepi jalan itu..terkedu semua orang yang berada disitu dengan tindakan papa Dazril .

"Ya allah, bang terima kasih bang didik anak saya selama ni, Jaga dia macam anak abang sendiri..saya sampai tak cam abang tadi sebab kita pun tak pernah jumpa depan-depan kan.." terang papa sambil menepuk-nepuk bahu abah.

Mama yang tadinya membantu Dazril berdiri kini Dazril ditolak semula dan membuatkan Dhia terkejut dan pada masa yang sama agak melucukan.

" Ouh inilah abang Halim ye..maaflah bang, kami tak perasan tadi .. kami pun terkejut tiba-tiba anak kena pukul depan mata, tu yang kami cepat² selamatkan tu" tutur mama sambil memegang lengan papa.

"Aih takpe, saya pun tadi marah dia sebab dia menipu Dato dengan datin.tu yang saya pukul sikit tu ha" jawab abah .

"Ish, janganlah panggil kami Dato dan Datin..abang pun dah jadi keluarga kedua Dazril pun, panggil je saya ni Zamarul dan bini saya ni Faridah ..ouh ye, abang cakap anak kami dah menipu kami?..dia menipu apa?" Soal Papa dengan nada serius.

Abah menjeling tajam ke arah DAZRIL.

"Motor yang Dazril bawak Zamarul dengan isteri ni...motor yang orang kampung selalu guna untuk angkat sawit-sawit ni." Terang abah.

"Patutlah ! Orang kampung tengok kita pelik bang !!! Kena kencing dengan anak sendiri kita ni... eyy geramnya saya...nak kena Dazril ni" marah Mama lalu mencubit Dazril yang baru saja berdiri.

Sakit dihempap Dhia pun belom hilang lagi, inikan pula cubitan emak-emak.

" Dah alang-alang kita berkenalan kat sini..jam pun baru pukul 10 lebih..bolehlah kita balik berjalan kaki sama-sama sambil-sambil tu dapat mengeratkan lagi silaturahim." Mama memberi cadangan .

BIDADARI DARI NERAKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang