BIDADARI DARI NERAKA🥀128

99 6 0
                                    

Berbalik kepada keadaan di kampung, Dhia dan abah masih berada di pangku gazebo.

" Dhia ingat pesan abah ye~ balik je Kuala Lumpur nanti, bagitau Dazril pasal Adam ye. Dhia bagitau abah pun bukannya abah boleh buat apa. Jadi lebih baik Dhia berterus terang je yang Dhia berkawan dengan budak Adam tu" abah yang memandang bintang itu mula memperingatkan semula Dhia.

"Ye abah, nanti Dhia akan berterus terang dengan abang. Dahlah abah, dah malam ni jom masuk rumah " balas Dhia sambil memimpin tangan untuk dibawa masuk.

"Dhia~ janji dengan abah~ ceritakan pasal Adam dekat Dazril. Takut kelak akhirnya nanti, Dazril sendiri yang dapat tahu. Janji ye?" Soal abah yang menahan dirinya dari melangkah.

Dhia memandang hairan kepada abah, kenapa dia begitu mengharapkan Dhia untuk berterus terang. Adam cuma kawannya saja.

Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam rumah.

Hari demi hari semakin berlalu, Dazril juga mula sunyi tanpa kehadiran Dhia disisi. Ikutkan hati mahu saja dia pulang ke kampung untuk membawa Dhia pulang. Mujurlah esok Dhia akan pulang kepadanya.

Bahkan setiap hari Dazril akan singgah ke pejabat Dhia untuk mengetahui latar belakang Adam pada staff pejabat Dhia.

Sehinggalah pada suatu hari, Arrisa menelefon Dazril.

.................................................................................

"Thanks Dazril sebab you sudi jumpa I. " Ujar Arrisa sambil menolak jus Oren agar sedikit jauh.

"It's okay, btw you nak cakap pasal apa eh?" Soal Dazril.

"I nak bercerai dengan my husband" kata Arrisa.

" You dah fikir masak-masak?" Soal Dazril.

Arrisa mengangguk.

"You tahu kan yang I bukan peguam syariah~ but if you don't mind, Yusof boleh handle kan kes you ni" kata Dazril lagi.

"E-erm, kenapa tak you je yang tolong I ? Soal Arrisa.

"Arrisa~ I bukan tak boleh tolong you, tapi I pun ada masalah I jugak, nak-nak lagi melibatkan Dhia. So I tak boleh lah nak ketepikan masalah family I just because of you~" panjang Dazril berceloteh.

"Masalah? You guys ada masalah family ? Seriously? Dazril tell me~kenapa? Apa yang jadi sebenarnya ni?" Soal Arrisa dengan begitu prihatin.

Dazril menghembus nafas berat sebelum akhirnya bercerita kepada Arrisa.

Setelah Dazril menceritakan segalanya.

"Adam? ~" kata Arrisa dengan nada perlahan.

"Why ? You kenal ke ? " Soal Dazril.

"Y-yeah maybe, I tak sure tapi firasat kuat sangat mengatakan yang Adam tu Mikael~ ADAM TU MIKAEL DAZRIL !! Omaigod bila fikir-fikir kan balik, patutlah selama ni dia pesan banyak sangat bunga kat rumah. Omaigod Dazril~ jangan-jangan Dhia~" Arrisa mereka cerita, memang dia sudah rancang bersama Mikael untuk memburukkan Dhia.

"Jangan-jangan apa you? Dhia curang?" Soal Dazril.

Arrisa hanya mencebikkan bibirnya sambil mengangkat bahunya.

"No tak mungkin, I kenal Dhia tu. Mungkin Adam lain kot kebetulan je beli Bunga banyak-banyak." Balas Dazril.

" You yakin je dengan Dhia tu kan~ btw baguslah kalau you percaya yang Dhia tu bukan jenis macamtu. Mungkin logik jugak kot Adam yang you maksudkan tu not my MIKAEL ADAM." Balas Arrisa .

Dazril sebenarnya mula terhasut dengan kata-kata Arrisa yang mengatakan Mikaelnya juga turut membeli banyak bunga. Boleh jadi juga Mikael dan Adam yang dikenali Dhia itu adalah orang yang sama.

Wajahnya dikerutkan.

"Ermm you, I think I have to go, I ada urusan denga Yusof. Kita jumpa nanti-nanti boleh?" Kata Dazril sambil bangun dari kerusinya.

Arrisa hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia mula tersenyum sinis.

Keesokan harinya, semasa perjalanan pulang, waktu makan tengahari sudah tiba, Umairah mula mengajak mengajak Dhia untuk makan bersamanya dan Hazwan sebelum dihantar pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya, semasa perjalanan pulang, waktu makan tengahari sudah tiba, Umairah mula mengajak mengajak Dhia untuk makan bersamanya dan Hazwan sebelum dihantar pulang ke rumah.

"Dhia, jom kita lunch sekali. Lagipun Hazwan kata nak belanja kita harini" pelawa Umairah kepada Dhia.

"Ermm macam mana eh, Okey Umai.. aku minta maaf sangat-sangat sebab harini aku ingat nak lunch sama-sama dengan Dazril. " Kata Dhia sambil mengemas barang-barang di atas mejanya .

"Ouh, lah patutlah. Hmm takpa lah kalau macamtu. Kau pergi jelah lunch dengan suami kau tu, nanti aku cakap dekat Hazwan ye" balas Umairah.

"Terima kasih cik Umairah ~~" panjang Dhia meleret.

"Ehh bukan cik dah, lepasni jadi puan" balas Umairah dengan nada gediknya yang bakal berkahwin dengan Hazwan tidak lama lagi.

" Eee gedik betul kau eh, ahahaha, haa okeylah aku gerak dulu eh" kata Dhia sambil mengambil kunci keretanya lalu menuju ke ruangan parking.

Hazwan hanya mampu terdiam lalu menggelengkan kepalanya apabila dibahan secukupnya oleh mereka berdua ketika di perjalanan itu.

Dhia akhirnya dihantar pulang ke rumah oleh Umairah dan Hazwan setelah selesai urusan mereka di kampung.

Dazril yang tidak pulang dari tempat kerjanya itu membuatkan Dhia berasa ingin pergi ke pejabat.

"Harini Dhia akan berterus terang dekat abang, pasal Adam. Abang berhak tau pasal Arrisa. Lepastu Dhia akan setkan hari yang kita bertiga boleh berjumpa untuk cakap pasal Arrisa."

Ujar Dhia yang sudah selesai menguruskan barang-barang nya lalu menggapai kunci kereta miliknya menuju ke pejabat Dazril untuk membuat kejutan sambil mengajak nya makan tengahari.

.................................................................................

Dazril yang berada di pejabat sedang membelek kertas-kertas kes nya mula didatangi Arrisa.

"Hi Dazril" tegur Arrisa yang memakai pakaian pendek paras peha .

Dazril yang fokus membelek kertas-kertas itu terus membalas sapaan Arrisa, sepupu nya .

"Hey Arrisa, what are you doing here?" Soal Dazril sambil meletakkan fail hitam di atas meja.

"Saja, i ingat nak ajak you lunch. Tu yang I datang sini tu." Jawabnya .

"I see, tapi i belum ada selera lagi nak makan" kata Dazril.

"Ouh really~" balasnya.

" Yup, ehh duduklah jemput jemput, dah kenapa nak berdiri depan pintu tu ." Arah Dazril sambil menyilakan tangannya ke arah sofa bilik kerjanya.

Arrisa tanpa membantah, terus menuju ke sofa ysng ditujunya.

Yusof yang membawa fail kes dibawah seksyen 302 kanun keseksaan terus menuju ke bilik Dazril .

" So ada apa yang membuatkan you datang sini? " Soal Dazril yang berdiri di hujung meja.

" Dazril, i sebenarnya na---" ayat Arrisa terbantut apabila Yusof mengetuk pintu.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now