BIDADARI DARI NERAKA 🥀 72

184 13 0
                                    

Beberapa orang kampung mula membahagikan tugas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa orang kampung mula membahagikan tugas ..Ada yang perlu menggali kubur, Ada yang perlu menguruskan keperluan lain seperti yassin dan sebagainya..

Jam sudah menunjukkan pukul 14:01..mayat yang telah dimandikan mula dikapankan kerana sebentar lagi ingin dibawa ke kampung si mati ..

Dazril, Hazwan dan Dhia berada di hospital untuk menunggu jasad arwah manakala Fakrul, Yusof dan Nabil pulang ke rumah bagi mengemas semua barang-barang arwah Ilham untuk dibawa pulang oleh Dhia sebentar lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dazril, Hazwan dan Dhia berada di hospital untuk menunggu jasad arwah manakala Fakrul, Yusof dan Nabil pulang ke rumah bagi mengemas semua barang-barang arwah Ilham untuk dibawa pulang oleh Dhia sebentar lagi .

Sayu rasa hati Yusof, Fakrul dan Nabil saat mengemas bilik arwah.

"Aku ingat lagi, masa mula-mula aku berdamai dengan arwah Ilham..dia doakan kitorang..dia doa kan semua orang yang jadi kawan dia supaya diampunkan semua dosa .." tutur Yusof dengan sayunya dan matanya merah menahan tangisan sambil melipat baju arwah ke dalam kotak.

Nabil yang mengemas bahagian meja Ilham juga merasakan kepiluan yang sama ..sekeping gambar Polaroid mereka ber-enam semasa Hari jadinya beberapa hari yang lalu dipegangnya..ditatap gambar kenangan itu..

"Aku rindu dia Sop..aku rindu nak dengar dia membebel..aku rindu nak dia imamkan aku...aku tak sempat nak imamkan dia... dia dah pergi dulu.. allahuakhbar.." ujar Nabil yang sudah tidak tahan dengan rasa sedih yang membuak-buak.

Fakrul hanya mampu mengalirkan air mata saja. Teringat bagaimana keadaan ilham ketika dia tidak tahu mahu tinggal dimana..syarat tinggal di Asrama hanya setakat SEM 2 saja..Fakrul lah orang yang melihat dia termenung bersendiri di surau ..Dialah orang pertama yang mengajaknya sewa saja dirumahnya..dia jugalah yang menjadi kawan Ilham sehinggalah Ilham berkawan rapat dengan Dazril dan yang lain..dia lah yang selalu menjaga dam saling mengingat Ilham. Fakrul mengusap air matanya..pasti selepas ini rumah dan bilik ini menjadi sepi.. tiada lagi bunyi orang iqamat didalam bilik ini setiap kali waktu solat..segalanya hilang begitu saja...

Meskipun dalam kesedihan, mereka bertiga tetap mengemas barang-barang Ilham dan dibawa masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke hospital.

Meskipun dalam kesedihan, mereka bertiga tetap mengemas barang-barang Ilham dan dibawa masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now