" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Reaksi kedua-dua orang tua Dazril pada waktu itu hanya mampu berdiam saja.
"Dhia, mama dan papa sebenarnya~, memang dah tau pasal Ilham ni. Dazril pernah panic attack sebelum ni, 4 tahun yang lepas. " Dengan nada yang sedih, mama mula menceritakan.
"Sebulan lepas Ilham meninggal, Dazril pernah ~ cuba bunuh diri. Kami tak ceritakan perkara ni dekat siapa-siapa pun termasuklah Nabil dan Yusof . Semua gambar-gambar dia dan Ilham yang dia cuci, ditampalkan ke dinding biliknya. Hari-hari Dazril meracau, pukul diri sendiri. Dia kata dia jahat, dia zalim, dia bukan kawan yang baik untuk Ilham. Abang Dani tu lah yang pujuk dia, tenangkan dia. Dan akhirnya dia cerita pada kami, apa yang dia dah buat dekat Ilham. Dia cakap masatu dia tengah marah sangat, dia cakap Ilham ambik dadah dengan pil peransang sebabtu dia nak rogol Arrisa. Tapi Dhia nak tau tak apa yang Dazril cakap kat kami masa tu?..dia cakap dia memang tak nampak pun Ilham tu dah rogol Arrisa sebab pakaian Arrisa masa tu baru terkoyak sikit, Dazril bagitau juga kat kami, Ilham ada cakap yang dia tak ambik barang terlarang tu, tapi Dazril taknak percaya. Ilham cuba untuk jelaskan perkara yang jadi, tapi Dazril tetap taknak dengar. Dazril cakap dia kecewa dengan Ilham masa tu sebab ilham hanya merelakan diri nya dicaci, dihina dipukul Dazril tanpa melawan dan itulah yang membuatkan Dazril sedar yang dia dah sia-siakan Ilham sampailah ke saat-saat ilham mati dibunuh, dia terkilan, dia buntu, dia serba salah macam-macam lagi yang dia rasa masa tu sebab tak dapat penjelasan dari Ilham . Ilham meninggal tanpa ceritakan perkara sebenarnya dekat Dazril. Sampailah satu masa tu, dia cakap dengan kami, dia nak Jaga keluarga Dhia. Dia cakap dia dah berjanji dengan Ilham. Dia taknak Ilham terseksa kat sana. Dia nak tebus salah dia pada keluarga Dhia. 4 tahun dhia~ dia terseksa tunggu Dhia. Dia memang nak kawin dengan Dhia. Dia pernah cakap yang dia dah jatuh hati dengan Dhia melalui suara Dhia. Dazril dah banyak berubah lepas arwah abang Dhia meninggal. Dia betul-betul nak Jaga keluarga Dhia hingga akhir hayat dia " Panjang lebar mamanya bercerita .
Dhia yang sudah bersalah itu mula mengeluarkan air mata.
"D-dhia minta maaf ma~, Dhia tak sepatutnya salahkan abang atas kematian along Dhia. Dhia sepatutnya dengar apa yang dia nak explain tadi. Dhia tau~ walaupun Dhia tau keluarga ni banyak bantu keluarga Dhia, Dhia tetap marahkan abang . Dhia ikutkan sangat perasaan marah Dhia. Sekarang ni Dhia dah faham kenapa abang beriya sangat nak jaga keluarga Dhia, dia taknak arwah along rasa pemergiannya menjadi beban untuk semua orang. Abang taknak, arwah along pergi dalam keadaan bimbang dengan kami. Allahuakhbar~ apa yang Dhia dah buat ni ma pa?. Kenapa Dhia perlu timbulkan perkara yang buat suami Dhia sakit . Dhia minta maaf ma pa. " Dhia dengan nada yang sayu memegang tangan mamanya.
"Tak sayang tak, Dhia tak perlu pun minta maaf, Dhia ada hak untuk tahu perkara ni. Cuma mama harap sangat, Dhia tolong jangan bagitau abah Dhia pasal perkara ni. Mama dengan papa dah berjanji dengan dia untuk rahsiakan perkara ni. Dazril taknak ayah Dhia bencikan dia kalau ayah Dhia tau. Tolong Dhia. Mama merayu rahsiakan perkara ni" rayu mama.
Dhia yang berbelah bagi itu menganggukkan kepalanya menandakan dia berjanji.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.