Keesokan harinya Dazril dan Dhia pergi membeli barang dapur dan keperluan isi rumah yang lain.
Dhia hanya diam saja dengan kakinya yang rengkut itu mengekori Dazril. Tangannya dipaksa memegang Dazril. Dazril sengaja untuk mempamerkan kepada semua pembeli disana bahawa dia suami terbaik.
"Sayang~ sayang nak ni tak? kalau sayang nak~ sayang cakap je, abang akan belikan " sengaja Dazril berkata sedemikian sehingga beberapa pembeli dibelakangnya memuji Dhia.
"Mesti kau tengah berbunga-bunga en~ dapat suami caring, penyayang, ouh lupa kaya~ dan penyabar" bisik Dazril di telinga Dhia.
Dhia hanya tersenyum nipis. Baru 3 hari dia dilayan sebegini, apatah lagi kalau 3 bulan.. menderita lah Dhia dalam genggaman Dazril.
Selesai saja membeli barang, Dhia dihantar pulang oleh Dazril sebelum Dazril kembali masuk ke pejabatnya.
Sebaik saja Dazril hilang dari pandangan Dhia. Umairah memanggil-manggil nama Dhia.
Dhia yang menyedari Umairah berada di tepi pokok-pokok rumahnya mula tersenyum luas.
Umairah terus menuju ke arah Dhia, dia memeluk erat tubuh Dhia.
"Allahuakhbar Dhia~ allahuakhbar rindunya aku Dhia~ " ujar Umairah sambil memeluk Dhia .
"Aku pun~ Umai kenapa kau datang rumah ni Umai? ini kalah Dazril tahu ni, mesti dia mengamuk besar ni Umai~" soal Dhia yang masih memegang bungkusan.
"Kita cerita kat dalam boleh? lagipun suami kau takde kan? aku memang ambik kerja separuh hari harini, tu yang melawat kau tu." Jawab Umairah.
Umairah akhirnya dipelawa masuk oleh Dhia.
Setelah Dhia menceritakan layanan Dazril kepadanya, Umairah semakin bimbang akan keadaan Dhia yang masih mengandung. Dia begitu bimbang sekiranya Dazril akan melakukan perkara yang lebih teruk terhadap Dhia dan akan menyebabkan Dhia keguguran.
"Umai~ insyallah takkan jadi apa-apa pada kandungan aku. Cuma satu je yang aku mintak dari kau~ kau tolonglah percayakan aku yang aku tak buat semua tu. Aku kena fitnah Umai~ kena fitnah~" ujar Dhia.
Umairah mengangguk berkali-kali.
"Aku percaya kau, aku kenal kau Dhia. Kau terlalu naif untuk buat semua tu. Tak mungkinlah kau nak hancurkan kebahagiaan kau sendiri. Dhia~ nah ambik ni Dhia, dalam kertas ni Ada nombor telefon aku, bapak aku, Mak aku dengan Hazwan. Aku memang sengaja tulis dalam kertas ni sebab manalah tahu kalau-kalau telefon kau rosak ke apa, at least kau dah ada nombor aku untuk kau call pakai telefon rumah." Kata Umairah yang bijaksana itu lalu menyerahkan sekeping nota berisikan nombor telefon nya.
"Terima kasih Umai~ Umai~ abah aku macam mana umai?" Soal Dhia.
"Semalam Yusof tumpangkan abah tidur rumah dia, lepastu kalau tak silap aku pagi tadi abah kau dah balik kampung, kau jangan risau Dhia. Abah seorang yang hati kuat. Abah tetap nak bantu kau Dhia. Abah nak kau kuat untuk dia. " Balas Umairah.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...