" Baik abah, kejap lagi Dhia masukkan ye" jerit aku untuk membalas pesan abah yang berada di atas .
Selesai sahaja aku menyapu dedaun kering ini, aku kumpulkan di satu tempat untuk dibakar
Pemetik api milik abah yang berada dimotornya, aku ambil dan dinyalakan ke serpihan kertas lalu dicampakkan keatas dedaun tersebut.
Sementara menunggu api habis membakar..Aku dan angah mula mengejar dan menangkap ayam ayam abah yang degil ini..
Habis Kotor baju angah apabila dia terjatuh disana sini semata² untuk menangkap ayam abah.
"Angah~~angah..macam mana boleh terjatuh tu" tanya aku kepada angah yang sedang memeluk seekor ayam abah..
"N-nah..a-ayam ni l-lari jauh..Am k-kejar laa d-dia kat cana.." jawab angah sambil menunjukkan jarinya ke lopak air.
"Ololo Sian dia ..dah² tanggal baju tu..letak je kat tepi tangga ..nanti Dhia basuhkan.." arah aku sambil menyambut ayam yang berada di dakapan angah.
Angah dengan pantasnya membuka baju dan diletakkan di tepi tangga lalu masuk ke dalam rumah .
Aku yang masih berada di luar..segera menjirus secebuk air ke atas daun kering yang semakin marak dan masuk ke dalam rumah setelah selesai membasuh kaki..
....................................................................................
Dazril dan Ilham yang tadinya rancak berborak dengan keluarganya, kini sudah berada di dalam bilik..masing-masing belum melihat telefon mereka malah menyambung semula berborak di atas katil..
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...