BIDADARI DARI NERAKA🥀145

896 24 14
                                    

Waktu semakin pantas berlalu, segala-galanya berubah dalam sekelip mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu semakin pantas berlalu, segala-galanya berubah dalam sekelip mata.

Genap sebulan kemudian.. hubungan antara Dhia dengan abahnya semakin renggang tanpa sebarang khabar kerana tidak diizinkan oleh Dazril untuk menghubungnya selagi abah tidak melunaskan bayarannya.

Layanan Dazril selama sebulan itu tetap sama, kejam seperti biasa.

Dhia kini menunggu waktu perkahwinan Arrisa dan Dazril berlansung. Keluarga Dazril yang sudah pulang dari Haji 2 minggu yang lepas turut dikejutkan dengan berita Dazril ingin berkahwin lagi, namun mereka tidak membantah, sebaliknya bersetuju saja asalkan mendapatkan pewaris mereka. Syukurlah keluarga Dazril tidak tahu apa-apa mengenai kes Dhia dimalukan, jika tidak~ pasti mereka akan juga menghina Dhia sama seperti Dazril.

FLASHBACK

Papa dan Mamanya yang datang kerumah disambut baik oleh Dazril. Mereka rancak berborak diruang tamu. Sementara Dhia, menyediakan hidangan buat keluarga mertuanya. Ada saja lebam-lebam pada tubuhnya setiap hari. Mujurlah tidak pada muka. Setelah selesai menghidangkan ianya, Dhia kembali semula ke dapur.

"Ma pa~ Dazril ada benda nak bagitau~ this is about Dhia" kata Dazril dengan nada yang tiba-tiba serius.

"Kenapa sayang?" Soal Mama.

"Dhia mandul" balas Dazril.

Terkedu papa dan mamanya yang meneguk minuman buatan Dhia.

Reaksi papanya juga berubah.

Tidak ada orang tua dalam dunia ini yang tidak mahukan cucu, pewaris harta mereka.

"H-habis D-dazril macam mana? takda alternative lain ke?" Soal Mama.

"Ada" balas Dazril.

Papa dan mamanya kembali menarik nafas lega. Syukur ada alternative lain untuk mendapatkan cucu pewaris.

"Apa tu Daz? Cuba cakap habis" tanya papa sambil memegang tangan mama.

"Kawin lain~" jawabnya.

"Austaghfirullahalazim~ apa kamu cakap ni nak? Ni kalau Dhia tahu ni kecil hati dia" kata Papa.

"Sebab Dhia yang mintak lah, Dazril terpaksa ikutkan" bohong Dazril, sumpah demi Allah Dhia tidak pernah berkata sedemikian. Kuat sungguh fitnah Dazril kepada Dhia.

Dhia yang berada di dapur hanya menekup mulutnya dari teresak-esak. Perutnya dipegang lembut.

"Maafkan ibu nak~ maafkan ibu"

"Habis Dazril tak membantah?" Soal Mama dengan penuh kerisauan.

"Dazril dah penat membantah, tapi Dhia merayu pada Dazril, dia rasa serba salah sebab tak mampu bagi Dazril zuriat. Sebabtu Dhia buat macamni" balas Dazril.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now