" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tapi itulah, ibu-ibu mengandung zaman sekarang ni banyak yang dah taknak lagi dah ikut cara orang dulu-dulu..kalau zaman dulu, mana nak ada buku buku khas warna pink tu haa~" bebel Mak Som lagi.
Dahi Dhia dikerutkan.
"Buku pink ? buku apa tu Mak Som?" soalnya.
"Laa takkan Dhia tak tahu, Dhia takda ke ?" Soal Mak Som.
"T-takda Mak Som ~ pergi ke klinik atau hospital pun tak pernah lagi Mak Som selama 4 bulan mengandung ni, penting ye buku tu? " Balas Dhia.
"Haish mana boleh takde, zaman sekarang zaman canggih Dhia, buku tu penting sebab dia tu buku rekod berkaitan dengan kesihatan ibu dan bayi, termasuk tarikh lahir bayi, berat bayi masa dilahirkan, maklumat pemakanan dan perkembangan bayi, lepastu ada catatan kesihatan lain berkaitan dengan kehamilan dengan kelahiran anak kita. " Jawab Mak Som.
Dhia mengangguk lagi,
"Dhia ~ Dazril memang tak pernah bawak Dhia pergi periksa kandungan kamu ke nak?~"Soal Mak Som.
Dhia senyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Allahuakhbar ~ takpa, nanti Mak Som minta Man bawak kita pergi periksa ya?" Balas Mak Som.
"Terima kasih Mak Som, sudi ambil berat pasal kandungan Dhia, Dhia tak tahu lagi dah nak cakap apa dengan Mak Som, terima kasih juga sebab Mak Som sudi teman Dhia dekat sini. " balasnya lagi..
Suasana berubah sepi. Perasaan Dhia mula tidak sedap hati.
"Mak Som, Dhia nak masuk bilik sekejap ya" kata Dhia.
"Haa masuk masuk, pergi berehat..nanti bila makanan dah siap, Mak Som bagitau ye" Balas Mak Som.