Sebaik sahaja pulang dari kedai baiki telefon, Dhia dan Dazril akhirnya berpisah . Mereka dihantar pulang oleh pemandunya kemudian barulah Dazril akan keluar untuk bertemu dengan rakannya.
"Abang, balik lambat sikit tau sayang sebab Nabil dengan Yusof ajak abang minum petang nanti" kata Dazril yang berada didalam kereta kepada Dhia sebelum pintu keretanya ditutup.
"Ouh, haa yelah, hati-hati ye abang" kata Dhia .
Dazril yang mengangguk itu akhirnya pergi meninggalkan Dhia, dhia masuk ke dalam rumahnya dan disambut baik oleh Mak Som yang kini sudah bekerja untuk Dhia dan Dazril.
" Mak Som~ " Dhia yang menyahut semula Mak Som yang menunggu dia dihadapan pintu, terus memberikan hadiah berbentuk Telekung kepadanya.
"Ehh apa ni Dhia?" Soal Mak Som.
"Hadiah untuk Mak Som~" jawab Dhia sambil membuat muka comel.
" Ish kamu ni, selalu sangat belikan Mak Som hadiah setiap kali keluar" bebel Mak Som.
"Alaa takpa, Mak Som kan dah macam mak Dhia, lagipun Dhia dah lama tak dapat kasih sayang seorang mak, dapat berbakti kat Mak Som pun dah kira benda yang menggembirakan Dhia" ujarnya sambil memegang lembut lengan Mak Som.
"Iye, Mak Som tau Dhia sayangkan Mak Som, sebabtu Mak Som pun beria sangat nak jaga Dhia. " Kata Mak Som.
Dhia hanya tersenyum lalu memeluk Mak Som .
"Okeylah Mak Som, Dhia nak naik atas kejap.. badan Dhia dah berlengas dah ni.. berjalan sana sini, pergi kedai situlah sinilah..mana tak berpeluh badan ni " Kata Dhia kepada Mak Som.
"Haa iyelah, pergilah mandi tu..nak buat macam mana, dah dapat suami yang sibuk, kita kenalah faham dia kan.." balas Mak Som kepada Dhia.
"Ermm tulah, ehh Mak Som,. Mama dengan Papa mana? Sunyi je rumah ni, diorang tak tau ke kitorang ni balik harini?" Soal Dhia.
"Ooo Dato dengan Datin, lepas dapat tau yang kamu laki bini balik harini, terus diorang keluar atas urusan rumah ke apake tadi, Mak Som tak ingat, tapi yang pastinya pasal rumah lah cuma rumah siapa tu Mak Som tak tau ." Jawab Mak Som.
Dhia tersenyum dan mengangguk.
"Yelah nanti kalau diorang dah balik, Mak Som ketuk pintu bilik Dhia tau, Dhia naik ke atas dulu ye" pinta Dhia kepada Mak Som yang sudah menganggukkan kepalanya lalu dia pun menuju ke biliknya untuk membersihkan badan.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...