Siang sudah tiba, Dhia mula bersiar-siar di perkarangan rumah keluarga Dazril.
" Subhanallah cantiknya pokok-pokok bunga ni, segar-segar je semua. Entah macam mana lah pokok Bunga kat kampung tu, harap-harap angah masih ingat nak siramkan lah" bebel Dhia sambil memegang pucuk daun yang kehijauan.
Mak Som yang melihat Dhia dari dalam sliding door mula keluar untuk menyapa Dhia.
"Puan Dhia? " Panggil Mak Som dengan nada perlahan .
"Eh, Mak Som..janganlah panggil saya puan. Terasa macam tua sangat saya ni. Saya pun baru 26 tahun . Panggil Dhia je pun takpa Mak Som" balas Dhia sambil menggosokkan tangannya ke baju .
Mak Som hanya mengangguk.
" Dhia suka tengok pokok-pokok ni?" Soal Mak Som.
" Suka, Dhia jadi teringat dekat rumah abah. Tapi pokok-pokok bunga Dhia tu takdelah secantik dan sebesar pokok-pokok rumah mama papa." Jawab Dhia.
" Dazril yang jaga pokok-pokok ni, semua yang Dhia tengok ni, semua pokok-pokok kesukaan Dazril dengan Datin." Jelas Mak Som.
Dhia yang merasakan perkara itu lawak baginya, terus ketawa terbahak-bahak.
" Ya Allah hahaha Mak Som hahaha betul ke abang pencinta Bunga ? Hahaha austaghfirullahalazim Dhia sumpah tak tau yang abang Dazril pencinta pokok" Dhia dengan ketawanya mula menjangkiti Mak Som.
Mak Som yang turut tertawa itu menggelengkan kepalanya.
"Betul Dhia, dulu kalau pokok kesukaan dia tu mati atau layu, menangis melalak dia" Mak Som mula membocorkan rahsia.
Dazril yang baru saja mahu menuju ke ruang tamu, terus mendengar suara Dhia yang ketawa terbahak-bahak di laman pokok-pokok nya.
" Ya Allah Mak Som, muka garang macamtu pun pencinta pokok hahaha allahuakhbar senak perut saya Mak Som. Patutlah kuat merajuk Mak Som semalam, hati Bunga rupanya ahahaha dah jadi peguam pun hati masih dekat bunga" dengan selambanya Dhia mengejek Dazril yang berada di sliding door.
"Ooo ngutuk aku eh~~ kau sabar jap kau sabar " Dazril yang panas hati itu terus keluar dari situ dan menghampiri getah paip air yang digunakan untuk menyiram pokok.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...