BIDADARI DARI NERAKA 🥀 31

179 11 0
                                    

Keesokan pagi nya, seperti biasa setelah selesai menyediakan Mee goreng dan Bihun berserta sup ayam yang dipanaskan semula untuk Angah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan pagi nya, seperti biasa setelah selesai menyediakan Mee goreng dan Bihun berserta sup ayam yang dipanaskan semula untuk Angah .. aku mula bersiap siap..jam di dinding telah menunjukkan 7:55 pagi.

Dengan sepantas kilatnya tuala yang berada dibalik pintu digapai pantas dan terus menuju bilik air di dapur.

Angah yang masih tidur itu, tidak dikejutkan oleh aku kerana bimbang sekiranya dia mahu ikut bersama.

Sementara abah pula, memang sudah terjaga dari waktu subuh dan sekarang sedang menikmati mee goreng yang masih panas didalam biliknya.

Setelah 10 minit berada didalam bilik air..Aku keluar dengan kain batik dan dilitupi dengan tuala pada bahagian bahu..dan masuk ke dalam bilik..

Sementara Hazwan pula,

" Nih, kamu bawak budak Rafi ni ikut kamu, mak taknak kamu berduaan dengan Dhia tu selagi takde apa² ikatan." Arah mak Leha kepada Hazwan yang sedang memyikat rambutnya didepan cermin.

"Ala mak, Rafi malaslah nak pergi ikut abang..biar jelah diorang berdua ..dapat mengeratkan lagi silaturahim antara sesama Islam" kata Rafi dengan nada manjanya .

"Mengeratkan silaturahim tengkorak kamu !!..bila mak kata pergi, kamu kena pergi ..syurga kamu dibawah telapak kaki aku niii..nah duit..upah kalau kamu teman abang kamu ni" kata mak lalu menghulurkan RM 50 kepada Rafi .

Terus bulat mata Rafi apabila mak Leha memberikan dia duit dengan jumlah yang besar .

"Mak~~ memang Rafi nak temankan abang sebenarnya sebab tak manis biarkan dua pasangan berbeza jantina berduaan dalam kereta ..berdosa besar ..dikira zina dalam Islam" Rafi dengan nada lemah gemalai nya mula menceramahi abangnya sedangkan sebelum diberi duit oleh mak Leha..bukan kemain bela abangnya ..tapi sekarang berpihak kepada Mak Leha pula dia..

"Wah engkauu, bukan main eh jadi lalang...dapat duit terus buat kerja eh" perli Hazwan kepada Rafi .

"Macamnilah bang, ada duit keje jalan..takde duit diam je" jawab Rafi sambil mencuit hidung sendiri lalu menayangkan duit RM 50 kehadapan muka Hazwan.

takde duit diam je" jawab Rafi sambil mencuit hidung sendiri lalu menayangkan duit RM 50 kehadapan muka Hazwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now