Dazril yang sudah pulang ke rumah keluarganya terus masuk ke dalam tandas ..keadaan Dazril yang bersandar pada tab mandian sambil berdarah di baju nya..dan ditenung ke arah darah yang ada pada tangan dan bajunya serta ke arah tangannya yang menggeletar ketakutan..
Semua perasaan menjadi berat dalam satu masa ..
"A-aku t-tak bbunuh kau. Bbukan aku..k-kau yang datang dekat aku hiks bukan aku yang ddatang kat kkau Ilham ..hikss hikss bukan aku" Dazril yang sedang memeluk tubuh di tab mandian rumahnya mula meracau sendiri ..
Rambut dikepalanya diramas kasar .. matanya merah berair..air mata mengalir..
Bayangan semasa di sungai, dirumah nya, dikampung ketika bersama Ilham semasa mereka akrab seperti sahabat baik mula datang menyerbu fikirannya.
"Kau janji dengan aku, jadi sahabat dunia akhirat aku tau"
"Aku sayang kau tau"
" Aku doakan semoga aku dapat berjumpa kau dekat akhirat kelak sebagai sahabat susah senang aku."
" Kau janji dengan aku, kau takkan ungkit apa-apa lagi tau dari aku sebab aku mana ada duit nak bayar kau balik .. kalau aku mati sekalipun, belum tentu aku mampu bayar jasa kau.."
" Kalau aku jadi hantu, aku akan kacau kau, semua kau buat aku akan perhatikan .. aku Jaga kau"
" Kalau aku ada buat salah, kau jangan benci aku ye ..aku takde kawan lain..kau temanlah aku.."
" SUMPAH DAZRIL, aku tak sentuh dia malamtuu..aku taktau kenapa aku mabuk sangat malam tu..kau dengarlah dulu penjelasan aku"
"A-akku ss-sayang kk-kau"
Semua kata² dan janji-janji yang pernah kami janjikan suatu ketika dahulu menusuk kedalam hati.."Aku mm-mintak mm-maaf Ilham, hiks hikss maafkan aku " Pada Malam kejadian, Dazril menangis semahu-mahunya..
Bukan kematian yang dia mahukan , tapi hanya lah semua barang-barang dan duit yang pernah dilaburkan kepada Ilham ..
Penyesalan dan ketakutan menjadi satu ..
Menyesal dengan tindakannya yang buruk siku dan takut sekiranya orang lain dapat mengetahui bahawa dia lah yang menikam Ilham .
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...