BIDADARI DARI NERAKA 🥀 25

180 10 0
                                        

Sup ayam, telur dadar dan juga nasi putih panas diletakkan ke dalam dulang lalu perlahan-lahan aku mengangkat hidangan tersebut menuju ke bilik abah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sup ayam, telur dadar dan juga nasi putih panas diletakkan ke dalam dulang lalu perlahan-lahan aku mengangkat hidangan tersebut menuju ke bilik abah.

"Abah~ni Dhia dah bawakkan abah makanan..tadi abah nak makan panas-panaskan.." kata aku sambil meletakkan hidangan tersebut ditepi meja sebelah katil abah.

Abah yang sudah terbaring itu perlahan-lahan bangun dengan bantuan aku.

"Abah sampai terlelap tadi..mujur kamu kejutkan abah .." kata abah sambil membetulkan kakinya yang bengkak akibat gout.

"Hehehe..haa ni abah sup ayam panas dengan nasi panas..abah nak air kosong je ke atau air teh?" soal aku sambil menghulurkan sudu dan pinggan  yang berisikan nasi putih kepada abah.

"Hmm bagi abah air kosong je lah..rasa dahaga nak minum air yang tak bergula pulak tekak ni" jawab abah.

Tanpa membuang masa aku terus bangun dari situ dan pergi ke dapur untuk mengambil air kosong..

Angah yang berada di bilik along sambil melihat album foto kami bertiga semasa kecil itu dipanggil lembut oleh aku..

"Angah ooo angah" panggil aku dengan nada yang tenang dan sedikit kuat.

"D-dhia ? " panggil angah.

"Eh cepatnya datang..ni angah nak makan tak sup ayam Dhia ni? tadi last makan bihun je kan?" soal aku sambil menuang air kosong abah ke dalam cawan.

"Nak" balasnya.

"okey tapi Dhia nak mintak tolong angah bawak air ni masuk dalam bilik abah lepastu bagi dekat abah air tu..nanti Dhia sediakan nasi angah dengan sup ayam ni" arah aku lalu menghulurkan cawan yang berisi air itu kepada angah.

"Am b-bagi air kat abah..D-dhia b-bubuh nasi Am "ajuk angah .

"ye pandai pun...haa pegi bagi abah air tu .." puji aku .

Angah tanpa membuang masa, terus menuju ke bilik abah dengan kakinya yang terengkut-rengkut.

Mangkuk plastik yang berada di rak pinggan itu aku ambil lalu dibubuh nasi putih ke dalamnya dan dicampurkan dengan sup ayam ..lalu diletakkan atas meja makan sementara menunggu angah memberikan abah air kosong.

 ( Angah tak boleh makan sesuatu yang keras termasuklah nasi putih sekiranya tidak dicampurkan dengan air ataupun nasi yang tidak lembik..semua pemakanan angah hanya yang direndamkan bersama air atau sup sahaja ).

Selesai saja memberikan air kepada abah, aku dan angah menikmati makanan di dapur..

"Sedap ?" tanya aku kepada angah.

"c-cedap..l-lembut nasi ni..telan j-je " balas angah.

"mestilah sedap, masterchef ni yang masak untuk angah" jelas aku sambil menepuk2 dada sendiri dengan berlagak.

Angah yang melihat reaksi aku itu, hanya menggelakkan aku ..kami berdua pun kembali menikmati hidangan tersebut sehinggalah selesai.

Yusof dan Nabil yang sudah masuk ke dalam bilik mereka terus mengambil tuala masing-masing dan mandi di bilik air yang berbeza

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Yusof dan Nabil yang sudah masuk ke dalam bilik mereka terus mengambil tuala masing-masing dan mandi di bilik air yang berbeza..sementara Dazril pula di bilik Azam sedang tersengih sengih seakan ada perkara yang lucu mencuit hatinya..

"Kau dah kenapa Ril sengih2 macam kerang busuk? " tanya Azam yang turut baring di katil sebelah.

"Aku dah berdamai dengan Ilham" balasnya .

Azam yang tadinya berbaring terus terduduk mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Dazril.

"Asal? kau tak caya aku? " sergah Dazril ssambil memandang Azam.

"Betul ke kau ni? 2 hari lepas kau cakap lain, harini lain pulak " kata Azam yang pelik dengan perangai Dazril yang berubah-ubah ni.

"Alaa time tu sebab aku tengah marah, jadi otak aku tak boleh nak fikir benda yang baik baik..sebabtu macam2 aku cakap pasal dia..tapi sekarang aku dah insaf..aku dah taknak gaduh2 ni.." jelas Dazril.

"Hmm, tapi kau ni betul betul dah berdamai ke dengan dia?" soal Azam dengan nada yang masih ragu ragu dengan sepupunya itu. 

" Iya, aku memang dah berdamai dengan dia..aku siap ajak dia duduk sekali dengan kita auu..esok aku tak sabar nak dengar jawapan dari dia" jelas Dazril lagi .

" Bukan ke kau benci sangat ke dengan dia? macam mana pulak kau boleh ajak dia duduk serumah dengan kita..kau jangan plan yang bukan2 Ril..aku tak suka sepupu aku ni buat benda2 mengarut " Nada Azam semakin tegas apabila dia merasakan perubahan Dazril ini sangat mengejut dan mendadak..bagi dia, mustahil untuk seseorang yang pembenci boleh jadi orang yang paling bahagia apabila bersama dengan musuh..

Dazril yang tadinya juga berbaring, terus duduk menghadap Azam.

"Asal? kau ingat aku ni jahat sangat ke sampai nak plan yang bukan bukan dekat dia? aku ni memang dah ikhlas nak berkawan dengan dia..kau janganlah serkap jarang aku macam aku ni jahat sangat" Balas Dazril dengan nada yang agak kasar.

" Takdelah, aku bukan apa..aku cuma terkejut dengan perubahan kau ni..macam mana kau boleh nak kawan dengan dia secara tiba tiba mengejut ni?" soal Azam.

"Sejak aku putus dengan Arrisa..bila aku tengok Nabil dengan Yusof  tenang je lepas berdamai dengan dia..aku pun nak jugak rasa ketenangan tu..and yeah ada satu aura lain yang buat aku ni taknak berenggang lansung dengan dia walau seinci .. " Jawab Dazril sambil menggayangkan eksperiasi ketenangan.

"Kau break dengan Arrisa? bila? asal kau tak bagitau aku?" soal Azam bertubi-tubi..

" Pagi tadi, lagipund Arrisa tu dah takde rasa sayang dekat aku dah..so better aku lepaskan dia dengan orang yang lebih menghargai dia..dan aku?..aku nak cari ketenangan yang sepatutnya kaum lelaki cari bila kita tengah down..iaitu kawan" jelas Dazril dengan tenang.

"Baguslah kalau kau dah cakap macamtu, baru kali pertama ni aku nampak kau dah tak meroyan dengan cemburu buta posesif kau tu..harap2 kekal lah perubahan yang sekarang ni" sindir Azam.

" Haih ni Dazril lah, jarang lah tak kotakan janji.." jawab Dazril sambil tersenyum sinis kepada Azam.  

Kedua-dua mereka pun teruskan perbualan mereka sementara Nabil dan Yusof masih lagi di tandas untuk membersihkan diri.

Di kediaman perumahan lain pula iaitu rumah Fakrul,

Ilham yang baru sahaja selesai mandi itu, terus mengenakan pakaian nya dan dalam beberapa minit kemudian dia mendapat panggilan dari Arrisa. 

BIDADARI DARI NERAKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang