Sepanjang di dalam kelas, Arrisa hanya memandang Ilham dan begitu juga Ilham..
Senyuman Arrisa membuatkan Ilham sedikit terganggu fokusnya dalam pembelajaran..Arrisa juga kerap menghantar chat kepada Ilham setiap kali diberikan masa rehat 5-10 minit ..
Perkara itu tidak disenangi oleh Dazril.
"Kau ni nak belajar ke nak balas chat Arrisa" sindir Dazril dengan nada tegas nya.
Terbantut niat Ilham apabila disindir sebegitu.
"Yelah-yelah " jawab Ilham lalu menutup telefonnya .
Arrisa yang memandang keadaan itu tersenyum sinis .
"Kau yang minta aku untuk jangan pergi dari hidup Ilham kan?..fine ..aku takkan pergi dari hidup dia sampailah dia sendiri yang pergi dari dunia ni..kau tanggunglah Dazril" bisik hati Arrisa .
Flashback..
"Hi Mikael, we need to talk.."
" Sure My dear, ada apa?"
" Dazril, dia sakitkan hati I"
"Sakitkan adik tiri kesayangan I ni?"
"Apa yang dia buat kat you my little honey"
"You free tak Sabtu ni?..I nak jumpa you"
"Anything for you honey"
"Okey, see you soon..bye"
Panggilan tersebut kemudiannya dimatikan oleh Arrisa
"Ini Arrisa lah, sekali kau luka kan hati aku, hadaplah balasannya.."bisik Arrisa sambil menggenggam tangan nya.
ND FLASHBACK
......................................................................................
"Assalamualaikum Mak kiah oo mak Kiah..Dhia datang nih" jerit aku dari luar rumahnya.
"Waalaikumsalam Dhia, nih cik kiah kat belakang ni..marilah ke sini" jerit mak kiah yang berada di belakang rumahnya.
Aku seperti biasa akan menongkatkan basikal sebelum pergi ke belakang.
" Cik kiah, Dhia ada hajat ni" kata aku.
"Hajat apa? hajat nak bermadu dengan laki aku?? haa kamu nampak parang nii " balas mak kiah sambil mengangkat parang nya.
" Ish mak kiah ni kesitu pulak dia..dia berhajat nak sewa balai khemah tu" terang aku kepada Mak Kiah.
" Untuk ape? Benda itu untuk kenduri ..kamu nak kawin ke?" Sekali lagi Mak Kiah menyerkap jarang .
"Austaghfirullahalazim mak Kiah.. dah kenapa pulak saya nak kawin..abang saya nak balik Sabtu ni, kemudian nak buat kenduri kesyukuran sikit sebelum dia jawab final exam tu" jelas aku.
"Hah !! Ilham tu nak balik !!.. alhamdulillah balik jugak Ilham tu...haa kamu nak berapa balai 3? 4? "Soal Mak Kiah dengan bersungguh sungguh nya.
"Ehh banyak sangat kalau sampai 3 dengan 4 khemah nya. Dalam 2 je mak kiah nak pakai.. makanan nya dah Mak Leha yang uruskan..jadi untuk khemah pesemua tu Mak Leha cakap Mak Kiah je yang selalu sewa-sewa kan balai ni" terang aku lagi.
" Ooo betullah tu.. bila nak buatnya kenduri tu?" Soal Mak Kiah.
" Lepas zohor, Sabtu ni" jawab aku.
"Aaaa boleh², nanti mak kiah mintak anak laki mak kiah dengan kawannya tu pasangkan petang jumaat tu.." balas Mak Kiah.
"Kamu jemputnya berapa orang? Kena confirm kan tu sebab senang mak kiah nak nguruskan meja bangku nya lagi.." kata Mak Kiah.
"Itulah, abah cakap abah nak bagitau orang surau supaya war-warkan lah kenduri kesyukuran tu.. mungkinlah dalam 1000 orang jugak kot..ornag kampung ni cukup ke 1000?" Soal aku .
"Ish takde sampainya 1000 orang, koman-koman pun 500-600 je orang kampung kita ni.." jelas Mak Kiah.
" Hmm kalau macamtu Mak Kiah buat dalam 500 jelah untuk kerusi dengan meja tu..orang perempuan boleh makan kat dalam rumah, yang laki tu je kena lebihkan sikit ..sebab ada baca² yassin lagi apa lagi.." kata aku..
"Itulah tu, mana dapat duit nak buat kendurinya ni? sebab koman-koman pun kalau 2 balai dengan meja kerusi udah nak dekat 1k lebih..belom lagi dekat Leha tu masak masak.." kata Mak Kiah .
" Nak cerita pun segan Mak Kiah..tali udah mak Kiah bertanya tu, kena jugaklah saya cerita.. sebenarnya kawan along tu yang nak sponsor makan² ni..dah alang-alang tu teruslah along mintak buat kenduri kesyukuran untuk diorang berempat jawab periksanya apa semua.. kiranya semua Kos ni kenduri ni, kawan dia yang akan bertanggungjawab nya" jelas aku.
"Aumok baiknya ..orang mana kawannya tu? kaya ke?" Soal Mak Kiah.
"Kaya tak Kaya tu Dhia tak taulah pulak mak Kiah, along cuma cerita had dia punya kawan nak sponsor je" jelas aku..
"Hmm haa iyelah , kamu jangan risau,.. anak mak Kiah balik je kejap lagi...mak kiah terus suruh dia sediakan apa yang patut.." kata Mak Kiah .
"Terima kasih Mak Kiah sudi tolong saya ..takdelah saya nak kena pergi pekan pulak dengan Hazwan nak sewa-sewa khemah pe semua ni" kata aku.
"Hazwan anak Leha tu ?..eloklah pun sama cantik sama padan..sampai bila nak berkawan je..umur kamu dengan Hazwan tu ada dalam 29-30 tahun? " Mak Kiah dengan suaranya yang garau kasar itu yakin saja mengatakan usia kami setua itu.
"Eyy mak Kiah, apa tua sangat umur Dhia tuuu~~ Dhia baru 22 mak kiah.. Hazwan tu pun baru 23 tahun ni..tua sangatt ke muka dhia ni " rengek aku sambil memukuk manja peha Mak Kiah.
" Manalah aku tau, saja je ngusik kamu..udah kamu tu kering melidi ..macam mana aku tak ingat kamu ni 22..besor sikit badan tu haa macam si Julaikha dengan Umairah anak kassim .." bebel Mak Kiah.
" Dah cukup besar dah Dhia ni Mak Kiah..berat pun 48..haa " aku menjawab lagi..
" Ish takde nye besor 48 tu..naikkan lagi sampai 50 ke 55..kamu tengok arwah mak kamu punya badan, kecik je halus je dulu..sampaikan dia dengan abah kamu tu macam bapak dengan anak kamu tauu" kata Mak Kiah .
"Yelah Mak Kiah..Mak Kiah jelah yang betul..nanti Dhia besarkan Dhia ni macam kak sherry pengacara TV tu" jawab aku.
"Hah eloklah pun, comey je..ini kering macam lidi" sekali lagi mulut Mak Kiah seperti cili padi dibelakang rumah aku..
" Yelah Mak Kiah, ni Dhia nak beransur dulu lah ni..nak uruskan angah dengan abah kat rumah.." kata aku lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...