BIDADARI DARI NERAKA 🥀 82

142 9 0
                                    

Senja mula tiba, Malam semakin hampir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senja mula tiba, Malam semakin hampir..kami berdua pulang ke rumah untuk bersiap-siap solat berjemaah dirumah .

Di perjalanan pulang, Dazril mula mengajukan beberapa soalan.

"Dhia, awak tak jawab lagi soalan saya.." kata Dazril.

"Soalan ? Soalan yang mana?" Soal aku.

"Kalau saya yang masuk minang awak lagi 4 tahun, awak setuju ke?" Soal Dazril dengan nada serius.

Aku menundukkan pandangan menghadap jalan.

" Kalau itu yang boleh buat abah dan keluarga awak senang, saya redha. " Balas aku.

" Ouh, saya janji dengan awak. Kalau 4 tahun lagi saya tak jumpa siapa-siapa dalam hati saya, saya akan meminang awak. Lagipun lagi senanglah saya nak jaga awak dan keluarga awak, macam yang arwah Ilham nak." Kata Dazril.

"Termasuk cari orang yang dah tikam abang saya?" Soal aku .

Dazril terus terdiam seribu kata, dia hanya mampu mengangguk sahaja .

" Baik, kalau macamtu saya akan tunggu awak..janji?" Soal aku .

"J-janji" balas Dazril dengan nada yang sayu.

Aku tersenyum gembira, semakin hari semakin tidak sabar untuk mencari pembunuh along dan pada masa yang sama, perasaan ingin mengenali Dazril dengan lebih juga turut menguasai diri.

"Ermm esok awak free ke?" soal Dazril untuk menukar topik.

" Esok saya kena jaga kedai, kenapa awak tanya?" soal aku dengan nada lembut.

"Ouh, ala saya sengsorang jelah esok dengan angah kalau awak pergi kerja." Dazril dengan nada bosannya mula menyepak batu-batu dijalanan.

"Eh tak, esok angah tu saya hantar dekat rumah bapa saudara saya..kiranya esok awak duduk dengan abah dan mak ayah awak jelah." terang aku.

"what !?, eh buat apa awak hantar dia kat rumah bapa saudara awak sedangkan saya ada kat sini, biarlah dia dengan saya. At least ada jugaklah saya kawan kat kampung ni." Pujuk Dazril kepada Dhia.

" Dahtu, takkan saya nak bawak awak pergi ikut kerja sekali..angah tu bukannya boleh duduk rumah tu tanpa saya. Nanti dia tercari-cari pulak saya ni" balas aku.

"Takpe, awak bawak je saya dengan angah tu kat tempat kerja awak..awak uruskan je kerja awak, saya Jaga angah dekat-dekat situ" kata Dazril.

"Haih, memang susah ye nak bagi awak faham..ikut suka hati awaklah cik Dazril..dah cepat sikit dah nak senja ni" kata aku yang sudah pasrah dengan Dazril.

dah cepat sikit dah nak senja ni" kata aku yang sudah pasrah dengan Dazril

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now