Selepas beberapa bulan kemudian,
Dazril menerima berita baik..dimana dia akan menjalani "Chambering" selama 9 bulan di bawah sebuah firma undang-undang atau peguam yang berpengalaman luas sebelum dia dibenarkan untuk kerja sendiri.
Selepas proses chambering berjaya diselesaikan , Dazril akan dihantar ke institusi undang-undang untuk pengajian selama 3 tahun dalam bidang undang-undang secara khusus. Dia mesti lulus ujian masuk sekolah undang-undang di kebanyakan sekolah undang-undang di Amerika. Dan sekiranya dia berjaya dalam tempoh 3-4 tahun itu barulah Dazril akan dipanggil ke Badan Peguam dan berdaftar dengan Majlis Peguam untuk diitirafkan sebagai peguam. Hanya orang yang berdaftar dengan Majlis Peguam sahaja dianggap sah tanpa mengira sama ada mereka adalah sebuah firma guaman mahupun peguam.
Mendapat sahaja berita sebaik ini, dia terus melaporkan kepada ibu bapanya.
"Ma...Pa..!! tengok ni, Dazril dah lulus permohonan Chambering !!.. Ya Allah,Dazril betul-betul tak sangka..allah dah susun jalan yang baik untuk Dazril..Dazril tak sabar nak bagitau abah nanti..mesti abah bangga kan dengan Dazril.. "
Dengan terujanya Dazril memberitahu keluarganya.
"Alhamdulilllah anak mama dah lulus..mama doakan anak mama ni jadi peguam yang bertauliah, dapat bantu orang yang dalam masalah dan macam-macam lagilah.." Puji mama kepada Dazril.
"That's my boy~~, papa memang dah agak dah yang Dazril akan berjaya sebab tu papa berkeras sangat suruh Dazril ambik kos undang-undang ni.. see, anak papa dah buktikan..so bila tarikh daftar diri tu?" soal papa.
"Ermm dekat email ni tarikh dia 17 Oktober ni..ehh WAIT !! that's mean lagi seminggu lah kan PA ? MA? !!!!..Ya allah Dazril kena bagitau abah ni..Pa Ma..Dazril balik kampung dulu boleh ? nanti tak sempat pulak nak bagitau abah.." Dazril dengan terburu-burunya membuat keputusan.
"Dazril~~ esok-esoklah pergi ke kampungnya tu..lagipun mama dengan papa pun nak jugak kenal lebih lagi dengan abah angkat kesayangan awak tu..dah berbulan-bulan mama dengan papa kenal gitu-gitu je dalam phone..tak manis lah macamtu.." Tegur mama yang berada di meja makan.
"Haah, kamu ni pun terburu-buru nak balik kampung..bukannya esok nak pergi buat chambering tu, ada lagi seminggu lebih kan..haa esok jelah balik kampung tu..boleh mama dengan papa ikut sekali" Balas Papa.
Dazril mula merasakan mama dan papanya sedikit lucu.
"Kenapa Dazril gelak? tak percaya ke yang mama dengan papa nak ikut kamu?" soal mama .
"Eh hahaha taklah Ma, cuma Daz rasa macam mama dengan papa mesti tak selesa punya kat sana nanti..expecially you papa, no padang Golf, no kerusi urut and mama pulak mama beruntung gila sebab kat sana ada satu SPA..SPA lumpur hahaha" Terbahak-bahak Dazril memerli mama dan papanya.
Mamanya yang tadi sudah gembira mendengar ada SPA terus berubah riak wajahnya..kalau diikutkan hati nk saja disimbahnya air juice epal ke muka anaknya.
"Haih pandailah kamu kenakan papa dengan mama ye..dah pergilah berehat, kalau kamu nak join papa dengan mama makan, silakanlah duduk di tepi mama kesayangan kamu tu..tapi kalau taknak..kamu pergi rehat or kemaskan apa yang patut..kita duduk lama sikit kat kampung tu.." kata papa .
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...