" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril
" Abg, Dhia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hari dimana Majlis sambutan Hari jadi Dazril akhirnya telah berlansung dengan jayanya . Dazril yang ingin membuat ucapan penutup, mula mengumpul kan semua tetamu-tetamu yang hadir di ruangan kolam renang .
Nabil dan Yusof pula membawa keluarga Dhia.
Rakan-rakan kerja Dhia juga turut hadir, Arrisa yang berpakaian anggul itu turut berada di sana.
Rakan-rakan peguam Dazril serta keluarga Dhia yang lain juga hadir di Majlis itu.
Dazril berdiri atas platform kecil yang diletakkan di hadapan kolam mula berucap.
" Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang hadir ke Majlis kecil ini
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, kita semua dapat berkumpul beramai-ramai disini untuk menjayakan lagi Majlis ini. Sebelum Majlis kita tamat, tujuan saya menjemput semua kesini adalah untuk menyampaikan berita yang sangat-sangat gembira.
Dengan ini, Saya ingin menjemput bidadari hati saya iaitu Puan Dhia Safirah untuk berdiri disebelah saya."
Kata Dazril sambil turun dari platformnya untuk menyambut Dhia yang memakai gaun putih kembang seperti bidadari .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dhia yang tersenyum gembira itu terus menuju ke arah Dazril yang sudah menghulurkan tangannya.
Disepanjang langkahnya menuju ke suaminya, dia hanya berbicara sendiri dalam hati.
"Abang, Dhia tak sabar nak bagitau abang berita gembira. Sudah sampai masanya untuk Dhia jujur pada hati Dhia yang Dhia cintakan abang sehingga akhir hayat dan Dhia tak sabar nak bagitau abang, Dhia mengandung."
Tangan Dazril diraihnya .
Wajah abah dan angah yang berdiri di khalayak ramai dipandang nya.
" Kenalkan Dhia Safirah, isteri saya. Sebelum kita semua bersurai. Izinkan saya untuk menceritakan serba sedikit perihal mengenai satu-satunya wanita yang amat saya cintai ."