BIDADARI DARI NERAKA 🥀 40

204 13 0
                                    

"Dah tau takut jadi macamtu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah tau takut jadi macamtu..kau call lah dia bagitau .." kata Dazril .

"Ermm masalahnya nanti dah tak jadi kejutan dekat orang kampung dengan abah" balas Ilham.

"Asal pulak? Kejutan? Kau nak buat suprise apa dekat orang kampung tu?" Soal Dazril.

Ilham pun tanpa segan silu terus menceritakan niat asalnya untuk pulang hujung bulan nanti adalah kerana dia mahu membuat kejutan setelah berbulan-bulan dia tidak balik ..dan hanya berinteraksi melalui telefon saja..

" jadi kalau aku balik minggu ni, mestilah abah akan war warkan dekat orang kampung..dan orang kampung mesti serbu rumah Aku punya lahh..nak makan, nak minum ...rumah Aku tu dahlah kecik je..jadi serba salah pulak kalau tak bagi tetamu layanan yang baik .." jelas Ilham..

"Ooo macamtu..haih ingatkan apelah sangat tadi..kalau macamtu kau serahkan dekat Aku..kita buat makan² kat rumah kau..Aku booking lah makanan minuman pesemua kat kampung kau tuu..haa kat situ, semua orang boleh jumpa kau...tak payah susah² kau nak fikir macamni..ala² kenduri kita panggil " kata Dazril yang memberikan idea kepada Ilham.

"Tapi aku mana ada duit..segan lah aku kalau kau jugak yang uruskan makan minum orang kampung.." kata Ilham dengan nada serba salah.

" Yang ni aku ikhlas tolong..yang lain aku tuntut janji masa kau cakap nak bayar kat aku lepas habis study tu kann.." kata Dazril dengan nada mengungkit..

Ilham yang terharu dengan kata² Dazril itu terus menakungkan air mata..

"Hei asal kau nangis ni" cuak Dazril apabila Ilham mengalirkan air mata nya.

"A-aku terharu dengan apa yang kau buat..kau baik sangatt dengan aku...Aku tak pernah ada kawan yang sebaik macam kau..Aku tak pernah rasa ada kawan susah senang..dari kampung lagi aku memang tak ramai kawan..masa diploma pun sama..orang berkawan dengan Aku sebab nak gunakan Aku untuk diorang berjaya dalam peperiksaan..tapi sekarang..aku ada kau, Yusof, Nabil, Fakrul dengan Azam..Aku terhutang budi sangat dengan korang.." ucap Ilham yang terharu dengan Dazril .

Lalu lekas lekas dia menyeka air matanya dari jatuh mengalir membasahi pipi .

Lalu lekas lekas dia menyeka air matanya dari jatuh mengalir membasahi pipi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now