BIDADARI DARI NERAKA 🥀 153

80 4 5
                                    

Selesai sahaja mengemas bilik barunya, Dhia kemudiannya melewati setiap sudut rumah itu, dapur, bilik yang lain dan bilik yang tidak dapat dibukanya kerana dikunci

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja mengemas bilik barunya, Dhia kemudiannya melewati setiap sudut rumah itu, dapur, bilik yang lain dan bilik yang tidak dapat dibukanya kerana dikunci.

Dhia hanya mengabaikan pintu tersebut lalu menuju ke ruangan dapur.

Besar

selesa

"Apa guna rumah besar tapi yang duduk nya Dhia sorang je nanti...anak ibu ni lambat lagi nak temankan ibu, kesian ibu sorang sorang je nanti" rungut Dhia.

Tangannya ligat menyentuh setiap perkakas di dapur.

"Rumah macam apa ni banyak sangat barang antik tapi modern. Takpelah yang penting semua serba cukup, bunyi burung dengan angin pokok je yang kuat. " sekali lagi bebel Dhia .

"Ehem" Dazril berdehem sambil memeluk tubuhnya.

Dhia terus mendiamkan dirinya.

"kucing kau kat luar tu tak reti nak bawak masuk ? nak tunggu dia lari dalam hutan lepastu kena baham harimau baru otak kau nak faham?" tegur Dazril kepada Dhia.

Dhia hanya diam mengabaikan kata-kata Dazril lalu berjalan dihadapan Dazril yang berpeluk tubuh itu.

"Hey~mulut kau mana sayang? dah bisu hmph ?" ujar Dazril yang menahan lengan Dhia sebelum dia mencengkam kuat lengan kecil Dhia.

"Argh s-sakit ab-ang, m-maaf" rintih Dhia sebelum lengannya dilepaskan.

Sempat juga Dazril menjentik kuat dahi Dhia sebaik sahaja tangannya melepaskan pegangan lengan Dhia.

"Stupid but cute at the same time"  Ujar Dazril sebaik sahaja Dhia terlalu mendapatkan Mangga.

..............................................................................

"Sop, kau memang taknak bertegur balik ke dengan Daz?" soal Nabil.

"Siapa? aku? HAHAHAHA lawak apa ni Bil? kau rasa dia nak ke layan orang macam kita ni? kau fikir dia tu hamak sangat ke nak berkawan dengan kita ni ?" soal Yusof.

"Aku bukan apa, setidaknya jangan lah sampai kita lupa apa yang dia pernah buat dekat kita, dia je satu-satunya kawan kita yang susah senang sama-sama dari kecik lagi" jawab Nabil.

"Bil, agak agak kalau kau berada dekat tempat arwah ilham, kau rasa sakit tak bila bapa sendiri dilayan macam binatang lepastu adik kau kena hina siap package tak boleh berjumpa dengan keluarga sendiri?" soal Yusof.

Dia benar-benar kecewa, tergamaknya Dazril memungkiri janjinya kepada arwah ilham untuk menjaga keluarga kecil itu.

"Kau rasa tak sakitnya ? aku nih, aku nih yang papah abah balik.. satu-satunya lelaki yang layan aku, Kita, ni macam anak lelaki dia sendiri selama ni..tak tergamak aku Bil, abah menangis malam tu merayu rayu..jadi kau rasa layak ke orang hebat macam Dazril tu nak berkawan dengan orang macam kita ni bro?" tanya Yusof dengan nada agak tinggi.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now