BIDADARI DARI NERAKA 🥀 83

125 9 0
                                    

Hari demi hari kian berganti, Tahun demi tahun juga turut berganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari demi hari kian berganti, Tahun demi tahun juga turut berganti ..

Semenjak pemergian Dazril ke Sarawak untuk chambering dan 3 tahun lebih di UK telah memberi banyak perubahan kepada keluarga kami..

Dazril selalu menelefon aku semasa 2 tahun pertama, tapi sejak akhir-akhir ini dia kembali kerap menelefon abah, sekali dia dapat menelefon abah 2-3 jam mereka akan berborak di dalam telefon manakala aku hanya dichat saja, alasannya ingin menjaga iktilat .

Kalau diikutkan, Dazril sepatutnya sudah seminggu berada di Malaysia, tapi entah kenapa dia masih tidak menjenguk kami di kampung.

Setiap hari aku menanti kepulangan Dazril, semua janji-janjinya aku percaya..banyak perkara yang ingin Ku caritakan kepadanya apabila dia pulang ke kampung nanti.

Aku juga sudah semakin dewasa, kalau dulunya 22 tahun..kini sudah menginjak ke 26 tahun.Begitu juga dengan Dazril yang sudah menginjak ke 30, dan arwah along juga sudah genap 4 tahun meninggalkan kami.

Aku dan Hazwan?

Kami masih sama.. sama dalam memendam perasaan suka sama suka.. walaupun terkadang itu, perasaan suka aku kepadanya semakin pudar apabila teringatkan Dazril ..entah bilalah perasaan itu akan terungkap..Hazwan mengharapkan aku untuk meluahkan perasaan terlebih dahulu dan aku sebaliknya..

Pondok kecil yang berada di bendang itu selalu menjadi tempatku mengadu masalah..terkadang aku akan menulis diari..

*rindu kepada along* ..

Kesihatan abah juga semakin hari semakin merosot.. Angah pula kini sudah pandai menguruskan dirinya walaupun masih ada kelemahan..

Mengenai pendapatan?

Ya, aku masih lagi bekerja di kedai runcit milik keluarga Hazwan.. walaupun Dazril sudah mengirimkan Wang berjumlah RM 3K setiap bulan dan jika didarabkan dengan 4 tahun pemergiannya, hampir mencecah RM 145K.. Aku sebenarnya tidaklah suka dengan pemberian duit dari Dazril kerana terlalu banyak jasa keluarganya kepada kami sepanjang ketiadaan dia di kampung  dan semenjak arwah meninggal, Dazril menjadi terlalu protektif kepada keluarga kami.. Abah sampai harus melaporkan kegiatan kami sekeluarga kepada Mama dan papa Dazril.

Abah pula?

Tiada apa yang mampu abah katakan, Dazril memang sudah dianggap anak kandungnya .. kasih sayang yang aku dan angah dapat..kadangkala terasa seperti dikongsikan dengan Dazril.

Terkadang aku menjadi marah bila mengenangkan bagaimana abah boleh menggantikan Dazril di tempat along.., terkadang aku merindui guraunya..gurauan yang kasar tetapi berjaya membuatkan aku seperti mempunyai abang..aku dilema..aku dilema dengan perasaan berbelah bagi dan perasaan terharu dengan pengorbanan keluarga Dazril.

Aku menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan, udara dari pemandangan bendang ini membuatkan aku menjadi tenang apabila berjaya meluahkan perasaan didalam diari milikku.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now