"Maaf Dhia, saya terlajak tidur balik lepas subuh" jelas Hazwan kepada aku sebaik saja aku membuka pintu keretanya.
" Tak pe, dah biasa dah termakan dengan janji janji awal awak tu" perli aku .
" Hehehe, alaa awak marah ke tu" tanya Hazwan.
" Mana ada, dah kenapa saya nak marah awak pulak..awak kan dah minta maaf " balas aku.
"Abang !! sembang laa dekat rumah nanti ~~ Rafi dah mengantuk ni .. dahlah paksa teman ..lepastu nak sembang-sembang pulak kat dalam kereta ni" rengek Rafi yang rupa-rupanya sudah mengikut Hazwan dari tadi .
Aku memandang Hazwan..
" Macam biasalah Mak~~" kata Hazwan sambil membuat pusingan U untuk keluar dari perkarangan rumahku.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat nasib Hazwan yang sentiasa diawasi Mak Leha apabila berkaitan dengan perempuan .
Dan itu jugaklah yang membuatkan aku menyukai nya.sikapnya yang suka mendengar kata Mak Leha membuat kan aku yakin seandainya dia mempunyai isteri kelak nanti, pasti layanannya sama seperti layanan terhadap Mak Leha.
....................................................................................
Di kelas,
Arrisa masih tercari-cari akan kelibat Dazril dan Ilham.. tapi tiada tanda untuk mereka hadir ke kelas tersebut .
" Okey kelas, sekarang sudah pukul 10:07 minit ..maafkan saya sebab terambil masa kamu semua..dan untuk yang tak datang macam Dazril, Ilham, Nabil dengan Yusof tu..saya mintak sangat kamu semua untuk terangkan kepada mereka mengenai apa yang saya dah explain kan tadi..harap semua boleh bagi kerjasama ye..saya rasa sampai sini sajalah ..ada apa-apa soalan?" Tanya Prof Madihah kepada semua students yang berada di situ.
Arrisa mengangkat tangannya.
" Yes Arrisa, ada apa?" Soal prof Madihah.
"Boleh saya tau kenapa diorang tak datang hari ni ?" Tanya Arrisa kepada Prof Madihah.
" Mereka berempat terkena demam aedis kata nya..kenapa tu ye?" Soalnya .
"Ouh takde apa prof, sekadar bertanya je..terima kasih" kata Arrisa.
"Baiklah, kalau dah takda spa apa lagi ..semua boleh bersurai ye ..ingat minggu depan minggu akhir untuk kamu siapkan assessment dan tugas-tugasan lecturer lain kerana di minggu seterusnya adalah minggu kamu diberi cuti selama seminggu untuk mengulangkaji sendiri dan menjawab final ..baiklah itu saja...terima kasih semua" kata prof.Madihah lalu meninggalkan kelas yang bersurai itu.
" Kena demam ? Takkan rumah sewa Dazril ada nyamuk aedis kot? Ish tak boleh jadi nii .. aku kena siasat jugak apa sebenarnya yang dah jadi " omel Arrisa lalu meninggalkan kampus tersebut .
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...