Dazril yang masih mengejar kereta dhia dari belakang, terus menerus menekan hon dengan harapan Dhia akan berhenti .
Telefon bimbit Dhia yang berada di tepinya yang kerap berdering itu dikerling nya .
-syurga dhia ♥️
Hatinya yang rapuh dan terkilan itu mengabaikan panggilan Dazril.
Dazril yang bengang tidak mendapat jawapan panggilan dari Dhia itu terus membawa kereta menyucuk rapat .
Dhia yang masih dalam ego itu mengesat air matanya lalu ditekankan minyak kereta supaya lebih laju.
Dengan langkah yang beraninya, di jalan raya yang tidak boleh dipotong itu, Dazril terus memecut laju dan memotong Dhia.
Apabila keretanya sudah seiring dengan kereta Dhia, Dazril mula membuka tingkap keretanya dan menjerit kepada Dhia untuk berhenti di tepi jalan.
Jalan dihadapan semakin berselekoh tapi Dazril masih mengendahkan sehinggalah...
Lori minyak yang berada dihadapannya menekan hon berkali-kali kepada Dazril tetapi oleh kerana tiada ruang untuk Dazril mencelah, dia akhirnya memusingkan stereng keretanya sehingga terjatuh ke dalam jurang . Manakala Lori minyak tersebut berjaya mengelak sedikit dan mengenai beberapa sisi kereta yang lain.
Dhia yang terkejut dengan keadaan itu, terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan. Keadaan kereta yang banyak itu menyukarkan pergerakan Dhia untuk ke seberang jalan .
Air matanya sudah mengalir deras membimbangi Dazril yang sudah jatuh kedalam jurang .
.................................................................................
Keadaan kereta Dazril yang remuk itu mula membimbangi Dhia. Dia menyalahkan dirinya kerana membuatkan Dazril mengejarnya dan akhirnya kemalangan.
Bahagian pemandu adalah bahagian yang paling teruk. Ambulance juga akhirnya tiba. Fizikal Dazril yang tidak dapat dilihat Dhia kerana pihak polis tidak benarkan dirinya melihat kemalangan tersebut, beberapa saksi kejadian turut memberi kerjasama untuk menceritakan keadaan kemalangan berlaku.
YOU ARE READING
BIDADARI DARI NERAKA
Fanfiction" Kau jangan mimpi yang aku nih akan ceraikan kau !, kau dengar sini baik² DHIA SAFIRAH ! mulai saat ini, kau bukan lagi bidadari hati aku SEBAB kau tu hanya HAMBA ABDI DARI NERAKA DAN AKU HARAMKAN SYURGA AKU UNTUK KAU JEJAK " - Dazril " Abg, Dhia...