BIDADARI DARI NERAKA 🥀 47

148 14 0
                                    

" Haa jemput jemput, Julaikha oo julaikha" Panggil Mak Leha kepada anak daranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Haa jemput jemput, Julaikha oo julaikha" Panggil Mak Leha kepada anak daranya.

"Ye mak, ada apa?..ehh akak Dhia..lama dah ke sampai?" Sapa Julaikha sebaik saja melihat aku .

"Ehem ehem, kot ye pun nak berborak cik julaikha oii..buatlah air untuk tetamu kita ni.." kata Mak Leha kepada anak nya.

Julaikha tanpa membuang masa terus pergi ke dapur untuk membuat air.

" Ada apa kamu datang ke rumah makcik ni? " Soal mak Leha 

"Sebenarnya, saya ada benda nak bagitau kat makcik .." jawab aku.

"Benda? apa dia yang kamu nak bagitau tu? " Soal mak Leha.

" Abang saya~~ dia nak balik minggu ni dengan kawan-kawan dia..tapi pada masa yang sama diorang nak buat kenduri keesyukuran kat kampung ni.." jelas aku kepada Mak Leha..

Dengan penuh semangatnya, aku menceritakan dari mula sampai habis mengenai Sabtu ini..

" Kamu jangan risau Dhia, makcik boleh uruskan dari segi masak memasak tu..tapi untuk yang balai tu makcik taktau pulak status nya macam mana..Cuba kamu pergi tanya dekat Mak kiah..haa dia mesti boleh tolong untuk bab yang tu.." kata Mak Leha.

" Ermm lagi satu makcik, pasal menu makanan nya tu..kalau boleh selain dari ayam masak merah dengan Daging masak kicap..kawan along tu ada yang mintak sup tulang ..boleh ke mak Leha buat? " Soal aku..

"Aku ni apa je yang tak boleh buat Dhia oii, basuh taik abang kamu masa kecik dulu pun aku yang nguruskannya kamu tau..dah kamu jangan risau pasal makanan tu..nanti makcik akan maklumkan dekat geng-geng makcik ye .."  balas Mak Leha ..

"Terima kasih lah makcik sebab sudi tolong saya ni..ni saya mintak diri dulu lah ye makcik ..nak pergi rumah Mak kiah pulak lepasni" kata aku sambil mencium tangan Mak Leha..

"Haa kamu hati-hatilah balik tu, basikal tu kayuh perlahan-lahan..takut ada yang koyak nanti" pesan mak Leha kepada aku.

Hazwan yang berada di luar rumahnya sedang mencuci kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazwan yang berada di luar rumahnya sedang mencuci kereta..aku menyarungkan selipar dan menuju ke basikal yang berada berdekatan dengan Hazwan.

"D-dhia, betul ke Ilham balik jumaat ni?" Soal Hazwan .

" Haah, along nak buat kenduri kesyukuran sikit sebelum dia jawab final exam kan.." jelas aku.

" Kalau Dhia ada nak beli apa-apa ..bagitau je Hazwan ye..." Kata Hazwan .

Aku hanya mengangguk dan memberikan senyuman sebelum berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

......................................................................................

Dazril yang menuju ke arah kawannya mula menerbitkan rasa serba salah yang menebal kepada Arrisa.

Sepanjang langkah kakinya ditemani dengan perasaan penyesalan.

"Lambatlaa kau ni matt, buat dompet ke ambik dompet kau ni?" Perli Yusof kepada Dazril .

Makanan yang sudah tinggal suku-suku separuh Ilham, Nabil dan Yusof ditenungnya lama.

"Hoi, kau dengar tak ni kitorang cakap apa ?" Cuit Nabil pada pinggang Dazril.

Dazril yang tersedak dari termenung mula menggelengkan kepalanya seakan akan tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

"K-korang dah nak habis makan dah tu tunggu aku tadi, aku pergi tandas lepas ambik wallet ni..t-tu yang lama sikit tu.." bohong Dazril kepada rakannya.

" Ni kau ada nak order makanan tak?, Kitorang boleh je tunggu kau sampai habis makan " kata Ilham dengan nada yang tenang.

"T-tak pelahh, aku beli air jelah kat sana" balas Dazril lalu menuju ke tempat yang menjual airnya.

Arrisa yang melihat Ilham dan yang lainnya di meja..terus dia mendekati Ilham.

"Hi Ilham, kenapa semalam you tak balas call i?..lama tauu I tunggu" Arrisa yang tadinya menangis dihadapan Dazril kini ceria di depan Ilham secara tiba-tiba.

" Err, saya t-tak de line kat r-rumah family Dazril..tapi kan saya ada call awak balik lepastu ..c-cuma awak je yang t-tak angkat" kata Ilham dengan nada tergagap-gagap diperhatikan oleh Nabil dengan Yusof .

"Hmm i sampai call Nabil tau tak semalam , just sebab nakkan kepastian tentang you..you ni macam taknak beria je dekat i..I ada buat salah ke dengan you? Hmmph? " Tanya Arrisa dengan nada sedih.

Dazril yang terpandang Arrisa terus dia melangkah laju kesitu..

Laju tangannya menarik Arrisa ketepi..

"Auch Dazril? " Kata Arrisa .

Dazril yang masih memegang lengan Arrisa itu dipandang oleh Ilham.

"K-kenapa ni Dazril?" Soal Yusof yang terkejut dengan tindakan Dazril memegang Arrisa tiba tiba..

Laju Dazril melepaskan tangannya.

" Sorry, aku ingatkan korang mengutuk aku tadi " alasan yang diberikan oleh Dazril, berjaya membuatkan Arrisa mendapat idea.

"Kutuk? hahaha nak kutuk apa kalau takda buat apa-apa salah kan?.. rilekslah Dazril ~~i kan cousin you~~takkanlah I mengutuk cousin I sendiri kan Ilham?" Dengan nada gediknya ,Arrisa memegang pergelangan Ilham.

"Hah? korang sepupu?" Terkejut Ilham mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Arrisa.

"Omaigodd sayang, Dazril tak bagitau you ke? Hmmp? Nabil? Yusof?..diorang tak cakap apa-apa?macam mana lah persahabatan korang nak tahan lama~~ kalau benda kecik macamni pun diorang tak bagitau dekat u.." Mata Dazril memandang Arrisa..

"Kitorang bukan taknak bagitau Ilham ni, tapi tak terfikir pun nak bagitau..sebab bukan nya sepupu rapat ..lebih kurang macam 2 pupu gitu je, betul tak Dazril?" Celah Yusof kepada Dazril.

"Ashh takpelah benda ni tak penting sangat pun.. yang penting congrats korang semua sebab dah berdamai..I suka tengok perubahan korang semua ..dah tak racist lagi dengan orang-orang miskin..bagus bagus" sindir Arrisa .

"You, I nak pergi makan jap tau dengan member-member I..nanti kita borak lain okay.." kata Arrisa kepada Ilham yang sudah tersenyum .

Arrisa memandang Dazril dengan pandangan tenang dan senyum seperti tiada apa-apa yang terjadi diantara mereka.

Suasana disitu menjadi kekok untuk seketika ..

Setelah 3 jam kemudian, mereka menghadirkan diri ke kelas seterusnya seperti biasa ..

Setelah 3 jam kemudian, mereka menghadirkan diri ke kelas seterusnya seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now