BIDADARI DARI NERAKA🥀146

91 6 1
                                    

Keesokan harinya, Dhia bangun awal seperti hari-hari sebelumnya untuk menyediakan sarapan buat pengantin baru itu.

" Sayang~ ganas betul you malam tadi~" kata Arrisa dengan nada yang manja sambil menuruni anak tangga namun cukup jelas boleh didengari Dhia.

Dazril hanya mampu tersenyum sambil mengangkat keningnya.

"Eh morning Dhia~ awal bangun hari ni" sapa Arrisa kepada Dhia yang menuangkan minuman kedalam cawan kaca.

Dhia hanya diam tanpa membalas sapaan Arrisa, dan itu membuatkan Arrisa berubah muka seakan kecewa.

"Hoi~ kau tak dengar ke dia sapa kau? Pekak eh? " Soal Dazril sambil mencuit lengan Dhia.

"You~ janganlah kasar macamtu~ lembut-lembutlah dengan dia" pujuk Arrisa sambil menyeluk lengan Dazril.

"S-saya nak ke dapur sekejap" kata Dhia.

Melihat Dhia yang dingin sedemikian, Dazril melepaskan tangan Arrisa dari merangkul lengannya.

"You duduk dulu eh, I nak ambik makanan lain kejap kat dapur." Bohong Dazril lalu menuju ke dapur.

Dhia yang berdiri dihadapan singki mula merenung pemandangan luar tingkapnya .

.......................................................................

Ye. Dhia sedang cemburu. Perkahwinan Dazril dan Arrisa adalah tanpa kerelaan Dhia. Sudahlah duduk serumah pula tu, kemudian menunjuk-nunjuk kebahagiaan nya dihadapan Dhia.

Dazril mula mendekati Dhia. Rambut Dhia yang diikat dengan gaya ekor kuda itu direntap Dazril.

"Argh ! " Jerit Dhia yang terkejut dengan tindakan Dazril.

"Kau memang tak boleh hormat Arrisa eh~ dia tegur kau elok-elok kot tadi ! Kau boleh palau je dia? Kau ingat kau buat macamtu, orang akan suka ke? kau dah fitnah dia macam-macam dulu, kau masih tak sedar diri?" Dazril yang mengetap bibirnya geram mula membuka pili singki lalu kepala Dhia ditolak membongkok, muka Dhia kemudiannya dihala menadah air paip tersebut.

" A-.aw.ak hurpss er- hurps" Dhia yang lemas itu mula sesak nafas. Kedua-dua tangannya dipegang Dazril manakala kepala dihadap mengenai air paip yang mengalir deras ke wajahnya.

Dhia yang sudah basah dari anak rambutnya sehingga ke leher baju itu dilepaskan kasar olehnya. Gadis itu kemudiannya jatuh ke atas lantai akibat ditolak Dazril.

"Puas hati aku, lepasni kalau Arrisa tegur kau, kau tak layan dia baik-baik..kau tahulah nasib kau apa bodo" kata Dazril lalu menyepak sedikit kaki Dhia yang sudah terjelepok di lantai itu.

Air mata Dhia mengalir kerana terkejut dengan layanan Dazril. Helaian rambutnya yang basah itu disekanya ke belakang telinga.

.................................................................................

"You~ janganlah berkasar macamtu dekat Dhia. Kesian pulak I tengok dia bila you marah macamtu tadi" tegur Arrisa sambil meneguk minumannya.

"Dia biadap sangat masalahnya, perangai siaplah dia ikut ni. Eyy satu keluarga sama je, duit I tu bapak dia takda tanda-tanda nak bayar ke. Entah-entah bapak dia memang nak lepaskan tanggungjawab dia dekat I untuk jaga perempuan tu sampai I mati." Balas Dazril.

Arrisa memegang lembut tangan Dazril.

"You~ duit yang you mintak tu bukannya sikit tau~ of course lah ambil masa. Nak-nak lagi you bagi diorang tempoh 3 bulan." Kata Arrisa dengan nada konon simpati.

Dhia yang berada di dapur itu hanya mampu berdiam. Dia perlahan-lahan menuju ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan dapur.

"Habis you nak I buat macam mana? I tak kira tau~ I nak jugak duit I. " Balas Dazril.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now