Chapter 3: Serangan hendap

879 103 2
                                    


Dewan Persidangan Elder Phoenix

“Hakk, apa cerita tentang budak keparat Haraki tu? Kau dah berjaya tangkap dia?”

Dalam mesyuarat meja bulat hari itu, kesemua Elder Phoenix hadir bagi membincangkan satu isu genting.

Phoenix Lord, Hakk, ahli dewan paling muda, namun juga yang paling terkuat di situ tenang seperti biasa dengan wajah beku tak berperasaannya, sudah dapat menjangka soalan itu akan dibangkitkan.

“Jangan risau, Elder Green. Aku dan orang-orang aku masih tidak berhenti mencari dia.” Jawabnya.

Elder Green berkerut dahi. “Kau kata jangan risau, tapi ini dah hampir setahun kita cari dia, tapi masih tak jumpa-jumpa!” Ada keraguan pada nada suaranya.

“Betul tu! Kalau kita tak bertindak pantas, nanti imperial beast Ryukan tu boleh jatuh ke tangan clan lain!” Sampuk Elder yang lain pula.

Ya, itulah yang mereka begitu risaukan kini. Saat ini, clan Phoenix dianggap sebagai clan berkuasa kerana mempunyai Hakk, beast bertaraf Holy Beast yang sedikit sahaja lagi boleh mencapai taraf Imperial Beast. Andai kuasa imperial beast Ryukan jatuh ke tangan clan lain, kedudukan mereka sebagai clan terkuat akan musnah.

Melihat Elder-elder yang mula bising kegusaran, Hakk kembali bersuara, “Tuan-tuan Elder sekalian, sewaktu aku dan pahlawan tertinggi phoenix menyerang budak itu setahun lalu, aku telah berjaya mencederakan dia. Dengan keadaan badannya yang cedera parah, mustahil dia boleh pergi jauh.”

“Aku dan orang-orang aku akan pastikan kita dapat semula imperial beast Ryukan. Kalian semula boleh duduk dan tunggu dengan tenang.” Jaminnya dengan suara datar sebelum dia tanpa mempedulikan yang lain, dengan penuh karisma berlalu keluar dari dewan itu.

Dalam hati Hakk menyindir. Beast-beast tua ini tahu bising sahaja.

Sambil berjalan, Hakk memegang dagunya berfikir. Ada satu perkara yang menjadi persoalannya sejak dari dulu lagi.

Bagaimana anaknya, Haraki yang berdarah separuh manusia separuh beast berjaya menyerap badan imperial beast Ryukan? Selama 16 tahun mereka mengurung Ryukan di dalam bongkah ais, bukan mereka tidak pernah mencuba untuk menyerap kuasa imperial beast itu. Namun imperial beast itu menolak badan beast biasa sebagai mediumnya. Kesannya, entah berapa ramai orang clannya terkorban dalam cubaan mereka. Hatta dia sendiri pernah mencuba untuk menyerap Ryukan, namun baru sedikit dia menyerap kuasa Ryukan, dia sudah berdarah-darah dari segala rongga tubuhnya kerana kuatnya tentangan dari imperial beast itu terhadap badannya.

Kerana itu apabila Haraki, ahli clan yang selama ini dipulau, dicaci dan dipandang hina oleh seluruh clan phoenix kerana berdarah separuh manusia itu berjaya menerima Ryukan ke dalam badannya secara sepenuhnya, seluruh ahli clan bagaikan ditampar di pipi mereka dan terasa dimalukan.

“Ayahanda,”

Satu suara yang menegurnya membuatkan Hakk mengangkat wajah. Pandangannya jatuh pada susuk gagah seorang lelaki muda berveil clan phoenix sepertinya.

“Guy,” Sebutnya. Pemuda gagah bernama Guy itu adalah salah seorang anaknya, yang sedang ranum dan naik mencipta nama sebagai pahlawan beast yang hebat. Darah campuran clan Phoenix dan Basilisk yang mengalir di dalam badannya menjadikannya lebih kuat dan gagah berbanding pemuda clan phoenix yang lain.

“Ayah, biar Guy yang tangkap si keparat Haraki tu.” Pintanya. Di sebalik anak matanya marak menyala api kebencian.

 Hakk diam tidak menjawab.

Memang sekarang dia agak sibuk mencari imperial beast milik Emperor Beast Caesar yang lain, menyebabkan dia tidak berapa ada masa untuk memburu Haraki.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now